Saturday 11 October 2014

Percutian idaman saya.

Saya dah lama teringin nak bercuti ke New Zealand. Tempat yang penuh dengan pokok2 dan hijau menenangkan. Tempat nya sejuk dan damai. Sesuai untuk menghilangkan lelah setelah penat berkerja.


Saya dan suami suka kan aktiviti yang adventerous. InsyaAllah suatu hari nanti bila kami boleh bercuti panjang, kami teringin nak mengembara menggunakan motorhome. Berjalan dari satu kawasan ke satu kawasan tanpa perlu memikirkan masalah transport atau tempat tidur. Nak makan pun senang. Boleh masak sendiri.





Tetapi, tahun depan kami merancang untuk ke Sabah dulu. Itu target terdekat kami. Kami akan memilih kawasan di tepi pantai. Pantai bagi kami adalah tempat percutian yang boleh menenangkan. Banyak aktiviti yang boleh dibuat dengan keluarga. Yang boleh merapatkan lagi ikatan antara keluarga, untuk lebih memahami dan mendekati anak2.







Saya dan suami memang suka pergi bercuti ke tempat2 yang penuh dengan pemandangan. Sebab kami memang tak suka ber shopping. Itu yang best. Senang nak plan. 

Doa dan harapan saya, saya nak jadi WAHM tahun depan. Sambil menjaga dan mendidik anak sendiri, saya juga mampu untuk bawa anak2 dan keluarga bercuti pada bila2 masa sahaja. 

Gambatte Kudasai. Semoga harapan saya ni di berkati Allah S.W.T


4 comments:

  1. Gambar yang 1st tu sebijik macam kat Kundasang, Sabah. Kalau teringin gi New Zealand, wajib pegi Dairy Farm, Kundasang Sabah dulu besttt ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo.....orait Melissa. Akan di masukkan dalam plan ke Sabah tahun depan. Memang antara tempat peranginan yang menarik tu.

      Delete
  2. Nisa sy x leh nak WAHM sbb kat umah ni dah ade WAHD dah..tunggu stabil..insyallah memang impikan nk jd WAHM satu hari nant

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surya seorang yang gigih. InsyaAllah cita2 murni tu akan dimakbulkan Allah....

      Delete