Thursday, 22 January 2015

Nasi padang terbaik di Oasis food court Mid Valley.

Hujung minggu yang lepas kami 5 beranak menghabiskan masa berjalan-jalan di Mid Valley Megamall. Tujuan utama nya nak beli Lego untuk dua orang anak dara tu. Kat tingkat atas sekali dan nama kedai tu "Building Blocks". Patut lah mula-mula cari kedai nama Lego tak ada. Hahahaha...



Bila dah sampai waktu lunch, kami pilih untuk makan di Oasis Food court. Adalah beberapa makanan yang kami order. Tetapi yang paling menarik hati saya ialah menu nasi padang. Nama kedai tu Dapoer Aidi. Pekerjanya pun ok. Keadaan penyediaan makanan dia pun ok.


Saya order set nasi dan daging bakar. Daging nya akan dibakar bila kita order. 




















Atas ni lah daging yang belum dibakar.

Atas ni adalah deretan pilihan lauk-lauk nasi padang.


Atas ni rupa set nasi yang saya order. Untuk menu sayur dia ada pilihan samada sayur campur goreng, nangka masak lemak, acar timun + lobak dan sambal tempe + tauhu + kentang.


Rupa daging tu jarak dekat. Yang belah kanan warna hitam kehitaman tu lah daging yang telah dibakar dan diracik halus dan letak kicap. Kalau tak nak letak kicap pun tak apa.


Nampak tak belah kiri atas tu ada 3 jenis sambal yang disediakan. Saya minta ketiga-tiganya sekali. Gaulkan sikit-sikit ke nasi. Memang marvellous. Errrr.....saya pun tak pasti sambal apa tu. Bedal je. Huhuhuhu.....



Secara keseluruhan memang sedap dan berbaloi. Yang pasti lepas makan jangan lupa telan OmegaGuard Shaklee dan Lecithin Shaklee. Supaya segala lemak-lemak dan minyak-minyak akan diserap keluar. Hehehehe.....





Berminat untuk dapatkan mana-mana produk Shaklee, boleh hubungi saya:

Nisha
912861 (ID Shaklee)
012-5425600 (Call, WhatsAp, Telegram)
FB: Simple_healthy_life