Sunday 30 November 2014

PPAS Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Assalamua'laikum. Setiap kali hujung minggu, kami akan ada aktiviti yang perlu dilakukan bersama anak2. Kebiasaan nya kami akan pergi ke shopping mall. Dalam 2 minggu sekali kami akan Tesco untuk membeli barang2 keperluan rumah. Kalau tak da apa yang nak dibeli, kami akan cuba ke shopping mall yang ada tempat untuk anak2 bermain. 

Kalau ke shopping mall,  biasanya kami akan keluar dari rumah lepas Asar. Jadi tak perlulah lama2 sangat di luar. Makan siap2 di rumah. Hehehe....Jimat. Yang penting ada lah aktiviti supaya anak2 tak bosan. Ye lah, hari2 biasa kami akan jumpa waktu malam je. Itupun 2-3 jam je. So, inilah masa bonding bersama anak2.

3 minggu lepas, kami telah mencuba satu kelainan. Kami telah menghabiskan masa selama 2 jam di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Walaupun perpustakaan ni dah lama dibuka, tetapi kami baru je sempat menjengah. Best jugak rupanya.



Ini adalah waktu perkhidmatan dia. Saje letak gambar ni di blog. Sebab senang saya nak refer bila2 masa. PPAS ni terletak di dalam kawasan KGSAS (Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah), Seksyen 13 Shah Alam. InsyaAllah senang je nak cari.

Sampai je disitu. kami cuma dibenarkan masuk ke tempat kanak- kanak. Kawasan yang dikhaskan untuk kanak-kanak dibenarkan berlari dan bermain. Dalam masa yang sama, buku- buku juga banyak disediakan. Tetapi yang heaven nya, tempat kanak-kanak bergolek-golek yang luas. Ada juga disediakan bean bag dan sofa. Jadi kalau bawa baby pun tiada masalah. Toilet juga disediakan di dalam kawasan ini juga.


























Pokok besar artificial memang menarik minat bukan sahaja kanak2 tetapi saya juga. Huhuhuhu.......



Yang ni aktiviti bermain lampu yang ada animasi terpantul di atas lantai. Seronok budak2 memijak2 kawasan ni.


Haaa.......tengok. Baby pun enjoy tau. Model cilik seluar merah ni adalah baby debab saya, Amar Qhalif.














Memang enjoy. Yang penting, boleh bawa satu keluarga ke sini. Lepas ni kalau anak dara saya, Ain Qistina ada homework dan dia macam malas2 je nak buat, boleh ajak dia buat homework kat sini. Bagi kelainan sikit untuk dapat feel nak buat homework tu. Kawasan ni tak perlu senyap. So senang nak ajar dia. 




Sedang mencari produk Shaklee? Berminat untuk mencuba mana2 produk Shaklee? Dapatkan konsultasi percuma tanpa had dengan menjadi customer saya.

Penghantaran keseluruh Malaysia melalui kurier servis. Penghantaran terus ke rumah secara COD di kawasan Telok Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang dan kawasan disekitarnya.

Hubungi pengedar Shaklee anda.

Pengedar sah Shaklee : Nisha
Whatssap/Telegram    : 012-5425600
Shaklee ID                  : 912861

Friday 28 November 2014

Petua awet muda.

Assalamua'laikum.

Saya percaya ramai yang selalu mencari-cari petua awet muda. Bukan lah kita takut tua atau menidakkan fitrah alam. Tetapi awet muda boleh memberi lebih keyakinan diri dan kalau anda perasan, sesiapa yang sentiasa nampak muda semestinya orang itu lebih sihat dan cergas. Ini kerana amalan-amalan atau pemakanan untuk awet muda sebenarnya adalah amalan dan pemakanan yang membawa kepada hidup lebih sihat.

Antara amalan pemakanan yang pernah saya amalkan ialah minum air daun pegaga. Ambil dalam 2 genggam pegaga dan cuci. Caranya, cuci daun pegaga dengan akar nya sekali. Lebih bagus kalau ada akar yang keras tu. Cuci dengan teliti ye. Untuk lebih mudah, rendam dulu beberapa jam supaya tanah yang melekat di akar tu mudah terlerai bila dicuci. Sesudah bersih, kisar daun pegaga dan akarnya sekali (pastikan tidak guna pengisar untuk cili, kalau tidak haru nanti). Masukkan air dalam satu gelas. Bila dah lumat, tapis untuk dapatkan airnya. Untuk lebih sedap, letak sebuku kecil garam kasar. jadi tak da lah pahit sangat bila di minum. Amalkan seminggu sekali. InsyaAllah berhasil. Apa signifikan pegaga dengan awet muda? Ini kerana pegaga membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Jadi kita akan sentiasa sihat dan segar. InsyaAllah.....

Selain itu dengan mengunyah kunyit muda juga bagus dijadikan amalan. Ada separuh orang, mereka akan makan mentah-mentah. Tetapi saya akan masak dalam lauk rebus-rebus seperti masak singgang atau masak asam rebus. Hiris kunyit nipis-nipis dan masukkan sekali dengan halia, asam keping, cili dan ikan. Makan dengan nasi panas-panas. Memang marvelous. Signifikan nya kunyit dan awet muda ialah kunyit juga dikatakan melancarkan peredaran darah, membantu merawat luka-luka dalaman dan ada juga katanya bertindak sebagai anti-septik. Wallahua'lam. Bagi saya, kebanyakkan petua orang-orang dulu ni memang akan ada manfaat nya. Jadi mana yang bagus tu jadikan amalan. Untuk yang ini pun boleh lah buat seminggu sekali. Yang penting konsisten untuk dapat hasilnya.

Tetapi kalau anda mencari cara yang lebih moden dan mudah, mungkin patut cuba saranan vitamin Shaklee di bawah ni.


  • Sustained release vita C : Membantu dalam pembentukan kolagen, mencantikkan kulit dan                                                 meningkatkan imun sistem badan.
  • Vitamin E                       : Anti-oksidan yang sangat tinggi dan anti-penuaan.
  • Energizing Soy Protein  : Membantu meningkatkan imun sistem badan dan memberi tenaga                                                dengan cepat.


Gabungan 3 di atas adalah yang terbaik. Tetapi kalau anda nak lebih mudah dan senang, saya sangat mencadangkan untuk mengambil Vivix. 



Ini kerana Vivix membantu :
  • melindungi dan memperbaiki sellular DNA 
  • membantu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular
  • membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
  • membantu melambatkan pembentukan protin AGE (yang menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur)





credit : http://www.harakahdaily.net/


Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee di atas, boleh hubungi saya.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.

Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

Resepi spagheti goreng.

Kadang2 memang pening nak masak apa kat rumah pada hujung minggu. Lebih2 lagi kalau dalam freezer tak da makanan yang boleh dimasak. Bila buka almari, nampak ada spaghetti dan dalam freezer ada bebola tu je. Sotong ke, udang ke , ayam ke, semuanya tak da. Nampaknya kita masak apa yang ada ye. Walaupun pada mulanya plan nak buat spagheti olio ogleo tu. Tapi sebab udang tak ada dan yang ada dalam freezer cuma bebola ikan, bebola ketam dan fish cake ni je, jadi jom kita try je.


Bahan-bahan:
Bebola ikan, bebola ketam dan fish cake yang dipotong kecil2.
Cili benggala dipotong dadu.
Bawang putih dicincang halus.
Serbuk oregano.
Minyak zaitun.
Chili flakes.
Spaghetti.


Mula2 rebus spaghetti. Dalam air rebusan tu masukkan sedikit minyak zaitun. Ini supaya spaghetti tadi direbus dengan cantik dan tidak melekat2.

Tumis bawang putih yang dicincang halus. Bila dah kekuningan dan naik bau wangi, masukkan bebola2 tadi yang dah dipotong kecil2. 




Kacau2 sehingga bebola bebola tersebut nampak separuh masak.

Kemudian masukkan cili benggala yang telah di potong kecil2 seperti di atas ni.


Kacau2 lagi dalam 5 minit. Kemudian masukkan serbuk oregano dan chili flakes. Saya gunakan 5 paket chili flakes Dominos. Yelah, tak pernah guna pun makan dengan pizza. Jadi daripada simpan tak guna, kita masukkan dalam spaghetti ni.




Macam ni lah rupa bila semua bahan2 telah dicampurkan. Kacau2 dan biarkan dalam 10 minit. Selepas tu boleh masukkan garam halus. Dan boleh lah masukkan spaghetti pulak. Jika spaghetti terlalu kering, letakkan minyak zaitun ikut sesedap rasa.




Ok. Inilah hasilnya spaghetti goreng ala2 olio oglio versi saya menggunakan bebola bebola dan kek ikan (fish cakes).

Untuk anak2 kira nya menu ni just nice sebab tak pedas. Tapi saya dan suami makan ber ulam kan cili api potong ngan sos ikan. Baru lah kickk.....






Sedang mencari produk Shaklee? Hubungi saya di

Nisha
012-5425600 (whatssap/telegram)
COD Klang (Sungai Udang, Teluk Pulai, dan kawasan sekitarnya)

Anda akan mendapat konsultasi pemakanan yang betul dengan percuma jika menjadi customer saya.
Berminat untuk menjadi rakan bisnes saya, saya akan pastikan anda di bimbing sehingga berjaya bersama mentor2 kami yang hebat.



Wednesday 26 November 2014

Restoran makan nasi arab paling sedap di Cyberjaya.

Assalamua'laikum. Semalam 22 November 2014, kami jalan jalan cari makan nasi arab di Cyberjaya. Restoran Saba yang sangat terkenal tu. Sebelum ni dok dengar orang cerita je. Sebelum ni tak da lah minat sangat dengan makanan arab ni. Kalau bagi manisan2 mereka tu memang saya tak boleh telan, Banyak rempah ratus. Nasi arab pun tak semua yang serasi dengan tekak saya. Tapi nasi arab yang saya try di restoran Saba ni memang mengikut selera tekak saya. Jadi kali ni jom kita terjah.



Cyberjaya 4800 
Suite 0-2, Ground Floor, 
Block A1, Jalan Perdana, 
CBD Perdana.

03-8320 2544

Di atas ni map dan alamat untuk ke sana sebagai panduan. Tapi kalau guna Waze pun boleh. Kami guna Waze je dan alhamdulillah sampai ke depan pintu nya.

Bila sampai je tengok ramai orang berdiri di kaki lima kedai. Siap ada kerusi di tepi dinding luar. Ingatkan tetamu yang dah habis makan tunggu kat luar. Rupa-rupanya orang tunggu giliran untuk meja makan kosong. Huhuhuhu.... Macam tu sekali penangan nasi arab Restoran Saba ni.





















Waktu kami sampai tu jam menunjukkan waktu 2.30 petang. Isyk... dah lepas waktu puncak untuk makan tengah hari ni. Tapi orang yang menunggu tu ramainya.






















Kami perlu tulis nama di sini dan tunggu sehingga nama dipanggil. Alhamdulillah, kami perlu menunggu dalam 5 minit dah dapat tempat. Ye lah kan dah jam 2.30 petang, ramai yang datang waktu puncak 12noon - 1pm tadi mesti dah habis makan.

Banyak juga pilihan makanan dia. Saya tak sempat nak ambil gambar makanan. Sampai je terus makan. hahaha..... dah habis makan baru teringat nak ambil gambar.



Hehehe....pinjam gambar orang jap. Kami order Kabsah lamb dan Mandi lamb. Memang super duper sedap. Bukan nak memuji lebih2 tetapi memang sedap berbanding beberapa kedai makan nasi arab yang kami pernah pergi di Shah Alam dan di KL.

Cuma yang pasti, oleh kerana terlalu ramai pelanggan, order lah apa yang kita nak sekaligus. Lebih2 lagi minuman. Kerana mereka menggunakan sistem order. Kalau tiba2 kita nak menyelit setakat satu cawan air jus, memang jenuh lah. Mereka akan dahulukan order dari 4-5 meja sebelum secawan air jus kita dan setiap meja tu ada berbelas cawan, setiap meja tu order nya banyak. Memang boleh jadi hilang sabar. Huhhuhuuu.....

Yang pasti nasi nya memang sedap. Tidak lah terlalu berlemak sangat atau tawar sangat. Kambing nya pun just nice je masak. Senang cakap,percubaan kali ni memang puas hati.



Ini gambar dari tempat makan kami. Ruang sebelah, bukan ruang utama yang berdekatan kaunter tu. Katanya, mereka sedang renovate kedai sebelah untuk besarkan lagi kedai ni. Alhamdulillah. Maju betul.




Untuk menampung pelanggan yang ramai, kat bahagian luar ni pun penuh dengan meja dan penuh dengan pelanggan juga.  




Ini muka2 orang dah kekenyangan puas hati. Yang 2 orang anak dara tu konon2 ambil gambar tak nak tengok kamera la tu....

Kesimpulannya, memang sedap..........................................


















Sedang mencari produk Shaklee? Hubungi saya di

Nisha
012-5425600 (whatssap/telegram)
COD Klang (Sungai Udang, Teluk Pulai, dan kawasan sekitarnya)

Anda akan mendapat konsultasi pemakanan yang betul dengan percuma jika menjadi customer saya.
Berminat untuk menjadi rakan bisnes saya, saya akan pastikan anda di bimbing sehingga berjaya bersama mentor2 kami yang hebat.








Wednesday 19 November 2014

Membantu untuk menghilangkan uric acid supaya gout dan sakit sendi tidak menghantui hidup anda.

Asid urik biasanya tidak merbahaya kepada kesihatan.Tetapi jika asid urik tinggi dalam badan boleh menyebabkan gout, batu karang dan kegagalan buah pinggang. Menghilangkan asid urik bagi penghidap masalah sakit sendi dan gout adalah penting. Tetapi untuk yang menghidapi sakit batu karang, asid urik tinggi mungkin bukan punca utama nya.  Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan asid urik ni samada secara tradisional atau secara moden. Secara moden pula kita boleh pilih samada menggunakan ubat-ubatan dari hospital atau mengamalkan pengambilan makanan tambahan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berlebihan yang tidak dibuang melalui air kencing (urin) dan berkumpul di dalam sendi. Bahan kumuhan ini adalah berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin (yang terdapat secara semulajadi dalam makanan).




Ihsan dari google.

Tanda-tanda mengalami asid urik tinggi:

1) Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2) Iu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3) Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4) Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5) Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6) Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7) Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Asid urik tinggi juga boleh menyebabkan benjolan akibat asid urik berkumpul di bawah kulit dipanggil "tophi". Ia juga boleh membentuk batu karang akibat asid urik yang berkumpul disaluran urinari (air kencing). 


Antara makanan yang perlu dielakkan ialah:

1) Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak.
2) Ikan bilis, ikan kembung dan ikan sardin.
3) Daging cincang.
4) Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging.
5) Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.



Antara rawatan tradisional yang biasa di dengar ialah dengan mengamalkan minum air campuran cuka epal campur minyak zaitun. Caranya, sesudu minyak zaitun dan sesudu cuka epal dicampurkan dalam setengah gelas air bersuhu bilik. Amalkan setiap pagi sewaktu perut kosong. InsyaAllah akan kurang dan mungkin boleh hilang asid urik dalam badan.

Satu lagi cara, boleh diamalkan minum air jus campuran seperti di bawah ni. Amalkan setiap hari juga sehingga nampak kesannya.



Atau boleh juga mencuba supplement dari Shaklee. Set yang dicadangkan ialah Alfalfa Shaklee dan Omega Guard Shaklee.

Alfalfa Shaklee ialah makanan yang beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon dan darah. Ia juga mampu melegakan sakit artritis akibat dari asid urik tinggi.


Omega Guard Shaklee pula asid lemak omega 3 yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. DHA dan EPA pula boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggiyang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Berfungsi sebagai anti keradangan, Omega Guard membantu untuk mengawal rasa sakit akibat diserang asid urik yang tinggi.

Jangan risau tentang pesakit gout tak boleh ambil makanan sumber laut. Ini kerana Omega Guard Shaklee ini tidak melalui kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan kerana kaedah ini akan memusnahkan sesetengah nutrien dan tidak boleh menapis kandungan logam yang merbahaya. 

Shaklee menggunakan kaedah proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan semulajadi dan menyingkirkan bahan2 merbahaya. 

Nota kaki: Omega Guard Shaklee akan mencairkan darah. Jika ada masalah luka atau sedang mengambil ubat mencairkan darah seperti clopidogrel (plarix) atau warfarin (Coumadin), sila dapat kan nasihat doktor sebelum mengambil Omega Guard Shaklee.




Dapatkan konsultasi cara pemakanan yang betul dengan menjadi customer saya. 

Perlukan produk di atas atau mana-mana produk Shaklee? Sila hubungi saya segera.

Penghantaran (COD) secara percuma di kawasan Sungai Udang Klang, Teluk Pulai, Telok Gadong dan kawasan disekitarnya.

Credit: shashamohamed.com
           online.mdpekan.gov.my
           arthritistoday.org


Hubungi:

Nisha

Call/Whatssap/Telegram: 012-5425600

SID 912861

FB page: Simple_healthy_life

Tuesday 18 November 2014

Mengurangkan sakit gastrik dengan mudah dan cepat.

Gastrik adalah penyakit yang biasa sangat kita dengar sekarang ni. Bermacam macam cara kita boleh cuba untuk merawat gastrik. Ada cara tradisional dan ada juga cara moden. Apa yang pasti, untuk merawat gastrik perlukan ketabahan dan konsisten.

Antara tips yang boleh diamalkan dalam proses merawat dan mengurangkan serangan gastrik ialah:

1) Kerap makan. Ambil makanan ringan antara waktu makanan utama. Ini dapat mengelakkan perut dari kosong.
2) Jauhkan dari perkara2 yang boleh memburukkan ulser seperti stress dan merokok.
3) Amalkan pengambilan probiotik (bakteria baik) dengan konsisten.
4) Minum susu secara istiqomah. Ini dapat meneutralkan asid perut yang menjadi penyebab gastrik.
5) Amalkan mengambil makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brokoli kerana ia dapat melindungi lapisan perut.

ESP Shaklee membantu mengawal sakit gastrik.
ESP Shaklee membantu mengawal sakit gastrik.

Sebelum saya jumpa ESP Shaklee, saya akan merawat gastrik dengan mengambil air bancuhan madu dicampur dengan cuka epal dan air bancuhan halia.Amalkan setiap hari. Alhamdulillah serasi. Sakit gastrik berkurangan dan hilang. Tetapi bila makan tak jaga atau gaya hidup tak betul, gastrik boleh datang semula. 

Tetapi ada satu lagi cara yang mudah dan cepat untuk merawat gastrik ialah dengan mengamalkan pengambilan ESP Shaklee (energizing soy protein). 

ESP Shaklee membantu memperbaiki sel2 yang rosak akibat terhakis oleh asid hidroklorik, asid yang menjadi punca gastrik. ESP Shaklee juga membantu meneutralkan asid dalam perut yang menjadi punca gastrik.

ESP Shaklee membantu mengawal sakit gastrik.
ESP Shaklee membantu mengawal sakit gastrik.

Dengan mengamalkan pengambilan ESP Shaklee secara konsisten, insyaAllah boleh merawat masalah gastrik ni. Kerana ESP Shaklee akan merawat sel2 yang rosak dan seterusnya menghilangkan terus sakit gastrik.

ESP Shaklee membantu mengawal sakit gastrik.
ESP Shaklee membantu mengawal sakit gastrik.

ESP Shaklee membantu mengawal sakit gastrik.
ESP Shaklee membantu mengawal sakit gastrik.


Credit: drlizzy.blogspot.com

Berminat untuk membeli ESP Shaklee di atas? Atau berminat untuk membeli mana2 produk Shaklee?

Penghantaran secara percuma atau COD di kawasan Sungai Udang Klang, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya.

Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya. 

Nisha
Wassup/telegram : 012-5425600
SID : 912861