Wednesday 26 November 2014

Restoran makan nasi arab paling sedap di Cyberjaya.

Assalamua'laikum. Semalam 22 November 2014, kami jalan jalan cari makan nasi arab di Cyberjaya. Restoran Saba yang sangat terkenal tu. Sebelum ni dok dengar orang cerita je. Sebelum ni tak da lah minat sangat dengan makanan arab ni. Kalau bagi manisan2 mereka tu memang saya tak boleh telan, Banyak rempah ratus. Nasi arab pun tak semua yang serasi dengan tekak saya. Tapi nasi arab yang saya try di restoran Saba ni memang mengikut selera tekak saya. Jadi kali ni jom kita terjah.



Cyberjaya 4800 
Suite 0-2, Ground Floor, 
Block A1, Jalan Perdana, 
CBD Perdana.

03-8320 2544

Di atas ni map dan alamat untuk ke sana sebagai panduan. Tapi kalau guna Waze pun boleh. Kami guna Waze je dan alhamdulillah sampai ke depan pintu nya.

Bila sampai je tengok ramai orang berdiri di kaki lima kedai. Siap ada kerusi di tepi dinding luar. Ingatkan tetamu yang dah habis makan tunggu kat luar. Rupa-rupanya orang tunggu giliran untuk meja makan kosong. Huhuhuhu.... Macam tu sekali penangan nasi arab Restoran Saba ni.





















Waktu kami sampai tu jam menunjukkan waktu 2.30 petang. Isyk... dah lepas waktu puncak untuk makan tengah hari ni. Tapi orang yang menunggu tu ramainya.






















Kami perlu tulis nama di sini dan tunggu sehingga nama dipanggil. Alhamdulillah, kami perlu menunggu dalam 5 minit dah dapat tempat. Ye lah kan dah jam 2.30 petang, ramai yang datang waktu puncak 12noon - 1pm tadi mesti dah habis makan.

Banyak juga pilihan makanan dia. Saya tak sempat nak ambil gambar makanan. Sampai je terus makan. hahaha..... dah habis makan baru teringat nak ambil gambar.



Hehehe....pinjam gambar orang jap. Kami order Kabsah lamb dan Mandi lamb. Memang super duper sedap. Bukan nak memuji lebih2 tetapi memang sedap berbanding beberapa kedai makan nasi arab yang kami pernah pergi di Shah Alam dan di KL.

Cuma yang pasti, oleh kerana terlalu ramai pelanggan, order lah apa yang kita nak sekaligus. Lebih2 lagi minuman. Kerana mereka menggunakan sistem order. Kalau tiba2 kita nak menyelit setakat satu cawan air jus, memang jenuh lah. Mereka akan dahulukan order dari 4-5 meja sebelum secawan air jus kita dan setiap meja tu ada berbelas cawan, setiap meja tu order nya banyak. Memang boleh jadi hilang sabar. Huhhuhuuu.....

Yang pasti nasi nya memang sedap. Tidak lah terlalu berlemak sangat atau tawar sangat. Kambing nya pun just nice je masak. Senang cakap,percubaan kali ni memang puas hati.



Ini gambar dari tempat makan kami. Ruang sebelah, bukan ruang utama yang berdekatan kaunter tu. Katanya, mereka sedang renovate kedai sebelah untuk besarkan lagi kedai ni. Alhamdulillah. Maju betul.




Untuk menampung pelanggan yang ramai, kat bahagian luar ni pun penuh dengan meja dan penuh dengan pelanggan juga.  




Ini muka2 orang dah kekenyangan puas hati. Yang 2 orang anak dara tu konon2 ambil gambar tak nak tengok kamera la tu....

Kesimpulannya, memang sedap..........................................


















Sedang mencari produk Shaklee? Hubungi saya di

Nisha
012-5425600 (whatssap/telegram)
COD Klang (Sungai Udang, Teluk Pulai, dan kawasan sekitarnya)

Anda akan mendapat konsultasi pemakanan yang betul dengan percuma jika menjadi customer saya.
Berminat untuk menjadi rakan bisnes saya, saya akan pastikan anda di bimbing sehingga berjaya bersama mentor2 kami yang hebat.








1 comment:

  1. mak aih ramainya!.
    tak pernah rasa nasi arab ni hehe

    ReplyDelete