Friday 28 November 2014

Petua awet muda.

Assalamua'laikum.

Saya percaya ramai yang selalu mencari-cari petua awet muda. Bukan lah kita takut tua atau menidakkan fitrah alam. Tetapi awet muda boleh memberi lebih keyakinan diri dan kalau anda perasan, sesiapa yang sentiasa nampak muda semestinya orang itu lebih sihat dan cergas. Ini kerana amalan-amalan atau pemakanan untuk awet muda sebenarnya adalah amalan dan pemakanan yang membawa kepada hidup lebih sihat.

Antara amalan pemakanan yang pernah saya amalkan ialah minum air daun pegaga. Ambil dalam 2 genggam pegaga dan cuci. Caranya, cuci daun pegaga dengan akar nya sekali. Lebih bagus kalau ada akar yang keras tu. Cuci dengan teliti ye. Untuk lebih mudah, rendam dulu beberapa jam supaya tanah yang melekat di akar tu mudah terlerai bila dicuci. Sesudah bersih, kisar daun pegaga dan akarnya sekali (pastikan tidak guna pengisar untuk cili, kalau tidak haru nanti). Masukkan air dalam satu gelas. Bila dah lumat, tapis untuk dapatkan airnya. Untuk lebih sedap, letak sebuku kecil garam kasar. jadi tak da lah pahit sangat bila di minum. Amalkan seminggu sekali. InsyaAllah berhasil. Apa signifikan pegaga dengan awet muda? Ini kerana pegaga membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Jadi kita akan sentiasa sihat dan segar. InsyaAllah.....

Selain itu dengan mengunyah kunyit muda juga bagus dijadikan amalan. Ada separuh orang, mereka akan makan mentah-mentah. Tetapi saya akan masak dalam lauk rebus-rebus seperti masak singgang atau masak asam rebus. Hiris kunyit nipis-nipis dan masukkan sekali dengan halia, asam keping, cili dan ikan. Makan dengan nasi panas-panas. Memang marvelous. Signifikan nya kunyit dan awet muda ialah kunyit juga dikatakan melancarkan peredaran darah, membantu merawat luka-luka dalaman dan ada juga katanya bertindak sebagai anti-septik. Wallahua'lam. Bagi saya, kebanyakkan petua orang-orang dulu ni memang akan ada manfaat nya. Jadi mana yang bagus tu jadikan amalan. Untuk yang ini pun boleh lah buat seminggu sekali. Yang penting konsisten untuk dapat hasilnya.

Tetapi kalau anda mencari cara yang lebih moden dan mudah, mungkin patut cuba saranan vitamin Shaklee di bawah ni.


  • Sustained release vita C : Membantu dalam pembentukan kolagen, mencantikkan kulit dan                                                 meningkatkan imun sistem badan.
  • Vitamin E                       : Anti-oksidan yang sangat tinggi dan anti-penuaan.
  • Energizing Soy Protein  : Membantu meningkatkan imun sistem badan dan memberi tenaga                                                dengan cepat.


Gabungan 3 di atas adalah yang terbaik. Tetapi kalau anda nak lebih mudah dan senang, saya sangat mencadangkan untuk mengambil Vivix. 



Ini kerana Vivix membantu :
  • melindungi dan memperbaiki sellular DNA 
  • membantu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular
  • membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
  • membantu melambatkan pembentukan protin AGE (yang menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur)





credit : http://www.harakahdaily.net/


Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee di atas, boleh hubungi saya.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.

Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

No comments:

Post a Comment