Thursday, 19 November 2015

Warung minum pagi/petang yang sedap di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

Assalamua'laikum.

Hari ni saya nak promote warung makan yang sedap untuk minum pagi dan minum petang. Selalunya susah kan nak jumpa minum pagi atau minum petang siap ada warung untuk makan kat situ. Kalau kawasan Klang atau Shah Alam memang banyak.

Tapi kali ni saya nak cerita warung yang best ni kat Tikam Batu, Sungai Petani. Warung ni betul-betul depan deretan kedai Taman Setia Budi, Tikam Batu, 08600 Sungai Petani. Atau boleh juga cari landmark Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani.


Gambar warung dari tepi jalan besar.

Warung ni ada 3 peniaga. Warung pertama berniaga air minuman (panas/sejuk).

Warung kedua berniaga chicken chop, lamb chop, roti jala, roti arab dan peknga. Haaaaa.....cuba teka peknga tu apa. Di Kedah, nama lain bagi peknga ialah lempeng......Heheehehhee......


Chicken chop yang sedap dan sangat murah di Tikam Batu.

Cara penyedian nya sangat teliti dan dijamin bersih.

Apa yang saya suka dengan makanan di gerai ni ialah kuah kari dia memang sangat superb. Memang puas hati. Tak macam sesetengah peniaga, kuah kari cair dan tiada isi.

Tapi di sini, kuah kari nya pekat. Terasa rempah kari dan lemak santan nya. Setiap suapan pula, akan penuh dengan daging dan kentang yang di potong halus. Memang ngam lah untuk dimakan dengan roti jala atau roti arab atau peknga/lempeng.

Dalam masa yang sama, roti arab juga boleh dimakan dengan kuah sardin.

Perghhh...memang tak menyesal lah datang sini dari jauh...

Chicken chop yang sangat murah dan pasti meleleh ayaq liuq.

Warung yang ketiga pula jual cucur udang, french fries, keropok lekor, cucur badak dan pulut udang panggang. Tapi untuk sarapan pagi, kalau bernasib baik akan dapat lah merasa pulut sambal udang yang dibungkus dalam daun pisang. 

Cucur udang, pulut udang panggang dan pulut sambal udang adalah signature dish di sini. Semuanya menggunakan udang yang segar. 

Pulut udang panggang boleh didapati panas-panas di situ. Itu yang jadi lebih sedap.

Cucur udang dan kuah kacang yang sangat sedap.

Kelebihan cucur udang dia ialah cucur udang dia rangup dan garing diluar tetapi lembut di dalam bila digigit. Lebih sedap dimakan waktu panas-panas. Manakala kuah kacang nya pula tak pedas sangat, tak manis sangat. Memang just nice lah je rasanya.


Close up kuah kacang.


Perut kenyang, hati pun riang.

Ini gambar tempat makan yang disediakan. Memang selesa dan selamat.


Antara minuman yang disediakan di warung pertama tadi.








Saya Nisha, pengedar bebas Shaklee anda. Penghantaran secara percuma atau COD di kawasan Sungai Udang Klang, Kampung Delek, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya.

Untuk yang berada di luar kawasan, penghantaran melalui khidmat Pos Laju, GDex atau Nationwide diseluruh Malaysia.

Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya.












Call/Whatssap/Telegram : 012-5425600
Shaklee ID : 912861