Monday 23 November 2015

Mee udang Mak Teh sedap di Kuala Sepetang, Perak.

Assalamua'laikum...... Dah lama bersawang blog ni. Last update bulan November 2015. Huhuhuhu...... Nak kata sibuk, tak tau lah nak kata macamana. 

Hari ni nak cerita pasal kedai mee udang yang sedap di Kuala Sepetang, Perak. Kalau nak diikutkan, mee udang Mak Jah yang terkenal di sini. Tapi hari tu lalu nampak kedai ni dan kami belasah je nak cuba. Alhamdulillah berbaloi edisi terjah kami. 

Gambar kat bawah ni diambil dlm bulan December 2015 kalau tak silap. Kiranya kami dah 3 kali singgah sini makan. Kualiti makanannya dijamin konsisten sedap setiap kali kami singgah. 


Ini adalah signboard yang ada depan kedai mee udang Mak Teh.

Ini rupa pintu gerbang. Kiri dan kanan tu kedai mee udang MakTeh.

Tempat yang disediakan sangat selesa dan lapang. Ruang sebelah kiri ni cuma tempat untuk makan je.

Ruang sebelah kanan ni tempat mereka sediakan makanan dan cashier. Ada juga ruang makan.

Kedai di bahagian kiri. Gambar di ambil dari dalam kedai di bahagian kanan.

Yang ini mee udang Mak Teh special. Saiz udang nya besarrrr.....

Tengok ni.....besarnya udang.....

Ini mee udang Mak Teh biasa.

Kecik he udang mee udang biasa. Tapi tetap puas makan udang.

Di bahagian kiri kedai ada orang jual satay. Sebelum ni datang makan take ada pulak.

Rupa satay yang kami order......



Untuk sampai ke sini, kalau dari K.L menghala ke utara, kena keluar kat toll Changkat Jering. Pastu terus menghala me Kuala Sepetang. Agak jauh ke dalam dari toll tu. Lebih kurang 15 minit melalui jalan kampung. Akan jumpa kedai mee udang Mak Teh disebelah kiri. Kalau nak ke mee udang Mak Jah, terus jalan lagi lebih kurang 5 minit perjalanan.

OK.....selamat mencuba......


























No comments:

Post a Comment