Tuesday, 6 May 2014

Pengalaman mengandung dengan ovarian cyst selama 35 minggu.

Kali ni saya nak bercerita pengalaman mengandung dan ada ovarian cyst. Dan paling tak best,  setiap bulan akan bertambah saiznya. Berlumba lumba plak dia membesar dengan baby saya.

Awal mengandung saya tak tau pun ada cyst. Dan bezanya pregnen anak ke 3 ni, saya kerap sakit tumit kaki (berdenyut denyut). Dalam masa yg sama lutut pun sakit. Tak larat nak jalan. Tapi saya duk pikir mungkin sbb umur dah lebih 30an dan badan agak berisi. Kali ni memang tak mabuk sangat. Selera mkn tu ada je.

Sehingga lah masuk minggu ke 14 pregnen, saya tergerak nk ajak suami scan perut kat klinik.Punya lah terkejut bila Doct tanya samada saya ada cyst ke. Waktu tu saiz nya dah 6 x 7 cm.huhuhu.... Punya lah saya panik, berhari hari saya diam tak tau nak buat apa. Sehingga lah saya minta refer gynae kt Hospital Putrajaya. Tapi waktu tu dah masuk minggu ke 16 pregnancy.

Setelah bincang dgn doctor, kami tawakkal je pada Allah s.w.t utk biarkan je cyst tu dan terus kan pregnancy mcm biasa. Sbb kalu nk buat laparoscopic dah tak bleh. Dah lebih 16 mggu pregnant. Nk buat open cut surgery plak, nanti nk kena menanggung luka operate sepanjang pregnant plak. So, biarkan je.....

Tanpa ada alahan mengandung, saya bedal je mkn ikut selera. Dan utk mengurangkan rasa sakit tumit tu, saya amik Oste Matrix Shaklee 4 biji sblm tido setiap mlm. Dlm masa yg sama, saya cari kasut yg tapak nya lebih tebal dan lembut. Alhamdulillah, sgt membantu.

Bila masuk bln ke 6 pregnancy, saya mengalami masalah keletihan yg amat sangat. Time ni memang tak larat sangat2. Perut rasa berat je. Berat baby + berat cyst. Waktu rehat kat opis mmg tido. Kadang2 sampai 2-3 kali gi tido kat surau. Petang balik keje sampai umah kul 8pm, terus tido lagi. huhuhuhuhu........

Kalu sblm2 ni saya consume vita lea 1 biji dan vit B comp 1 biji, kali ni saya tambah consume ESP dan performance drink. Alhamdulillah, at least saya boleh lah "berjaga" sampai kul 10pm. Kat opis pun cuma sekali je tido.... Huhuhu......masa ni rasa sgt lega.

Rutin ni berterusan sehingga lah saya bersalin. Untuk mengetahui pengalaman saya bersalin secara caesar pada minggu ke 35, boleh lah baca post seterus nya.



Nisha
SID: 912861