Friday 31 July 2015

Suami degil makan vitamin sehinggalah sesuatu terjadi pada dia. Sekarang dah tak degil lagi...


Suami malas nak telan vitamin? Pelik ke situasi ni? Bagi saya memang tak pelik lah. Cuba lihat situasi di bawah ni. Agak-agaknya kalau buat bancian, dari 30 orang berapa ramai agaknya sang suami yang degil makan vitamin.


  • Berapa kali korang paksa suami masing-masing telan vitamin?
  • Nak kena sediakan vitamin-vitamin tu baru diorang nak telan?
  • Malas nak telan banyak-banyak, so diorang nak minum VIVIX aje? Sebab VIVIX ni cecair.
  • Takmo makan apa-apa vitamin selagi tak sakit? 
  • Balik ceramah nutrisi Shaklee baru terkial-kial mintak vitamin?


Saya ada kawan (lelaki) yang kalau nak beli vitamin tu habis tengok satu-satu content & mineral pada botol brand mana yang paling banyak "isi". Kalau dia pernah belajar nutritionist, orang yang cerewet (konon nya lah kan) ni sudah pasti akan pilih Shaklee kan?

Tapi sebab dia tak berapa reti nak baca label pada botol-botol vitamin (al-maklumlah, background engineering bukan nya pun medical mahupun nutrisi), dia punya buat-buat paham baca label tu sampai dah 2-3 tahun pun masih tak makan vitamin sebab katanya;  "aku tak jumpa lagi yang ada 5000mg vitamin C dalam setiap tablet".
Huh????


Umumnya, Itu lah lelaki......bila sampai tang vitamin.
  • semua perasan kuat (walaupun dah malas bersenam)
  • semua perasan sihat (walaupun asyik makan fastfood aje), dan
  • semua perasan tak payah makan apa2 pun boleh kekal kuat & sihat

Tapi video di bawah ini mengingatkan lelaki juga perlukan vitamin; terutamanya kalau tak nak suatu hari nanti hidup bergantung pada ubat. (Naúzubillah minzalik - minta-minta dijauhkan lah) 

Sebenarnya pun, kalau lelaki tu nak kekal sihat, cergas & kuat macam zaman dolu muda-muda, memang perlukan vitamin seawal mungkin, kan?

Dan, sang suami sepatutnya berterima kasih lah pada sang isteri iReach masing-masing kerana mereka yang mulanya ambil kerana menyusu/mengandung, telah menemukan kita untik menikmati Shaklee untuk sekuat & sesihat hari ini.




Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.
Yeah, banyak lelaki yang perasan kuat & sihat sampai tak nak makan vitamin. Sampai dah nak lumpuh pun masih tak percaya?





Berminat untuk membeli mana-mana produk Shaklee?

Penghantaran secara percuma atau COD di kawasan Sungai Udang Klang, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya.

Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya.
















Nisha
012-5425600 
SID : 912861

Keluar dari zon selesa - Dah bersedia ke belum? Perlu tunggu apa lagi...

Keluar dari zon selesa......

sumber dari mamaalya.com


Bukan mudah untuk keluar dari zon selesa jika hati dan keinginan tidak kuat. 

Senaraikan cita-cita atau matlamat yang kita ingin kan. Lihat pada senarai itu. Adakah kita sudah mencapainya atau masih belum lagi atau sebenarnya masih jauh lagi sehinggakan "bayang-bayang" kejayaan tu pun tidak kelihatan.





Ianya memang tidak mudah. Tapi saya pasti, disetiap kesulitan dan kepahitan itu akan ada kesenangan dan kemanisannya. 

Apa yang saya dapat rasa sekarang, hidup saya tidak lagi membosankan dan saya akan sentiasa memastikan diri berada di dalam cas-cas positif kerana ia nya perlu untuk terus berusaha tanpa perasaan keluh kesah.

Mengikut artikel yang saya dapat dari Harian Metro ni, ada banyak benarnya kenapa kita perlu mula keluar dari zon selesa. 



Berada di tempat selesa memang seronok, namun ia tidak memberi kebaikan untuk jangka panjang. Basyar Mustapha mengajak golongan belia keluar dari zon selesa yang bersifat sementara.
Peninju hebat dunia Muhammad Ali pernah berkata mereka yang tidak berani untuk mengambil risiko tidak akan mencapai apa-apa dalam kehidupan.

Sebagai anak muda, kita digalakkan berusaha dan keluar dari zon selesa adalah satu daripada langkahnya. Namun pasti ramai yang kurang pasti dan tertanya-tanya apakah itu zon selesa.

Zon selesa adalah ruang atau situasi kita selesa berada di dalamnya. Ruang dan situasi ini lama- kelamaan membuatkan kita berasa terlalu selamat dan tidak mahu keluar daripadanya.

Menurut penulis dan pakar motivasi dari Amerika Syarikat, Bo Parrish dalam zon ini, kita tidak mengalami sebarang emosi yang ketara dan perasaan yang ada hanya statik saja.

Natijahnya kita berada di takuk sama dan tidak dapat mengeksploitasi kemampuan diri. Pada yang mula sedar dan mahu keluar dari zon selesa, kaki pula seakan-akan berat melangkah, hati berasa berdebar dan minda tidak dapat melihat kebaikannya. Itulah penangan apabila kita terlalu lama di zon selesa terutama sejak zaman muda.

Simptom zon selesa

  • Walaupun kita sibuk, namun kita masih tidak mendapat kepuasan. Impian sebenar kita masih di tahap ‘tunggu dulu’.
  • Walaupun berlaku sedikit perubahan kita berasakan tidak selesa dan berdebar.
  • Sentiasa berfikir untuk melepaskan impian bukan keselesaan sekarang.

Kenapa perlu keluar?

Kekal berada dalam zon selesa bukanlah sesuatu yang tidak bagus atau teruk sebenarnya. Siapa yang tidak suka pada keselesaan apabila kita rasa selamat dan tidak perlu memikirkan risiko dan masalah lain di luar. Misalnya berehat menonton televisyen selepas waktu bekerja, ada ibu bapa atau pasangan yang membantu kita dalam banyak perkara atau melakukan kerja rutin di pejabat seadanya asalkan ia siap memang membuatkan kita berasa selesa.

Namun, kehidupan kita hanya setakat itu saja untuk jika tiada keajaiban yang berlaku. kita tidak akan belajar benda baru, gagal melihat peluang yang ada di sekeliling dan berada di tahap yang sama dengan hanya bergantung pada nasib. Hanya dengan melangkah keluar dari zon selesa pencapaian kita akan 
mula berkembang.


Langkah keluar dari zon selesa


  • Tulis matlamat yang tepat. ‘Saya mahu kerja yang lebih baik’, adalah matlamat yang terlalu kabur. Sebaliknya katakan ‘saya mahu pekerjaan yang memberikan saya kebebasan kewangan dan kepuasan peribadi sementara masih memberikan saya masa yang cukup untuk bersama keluarga.’
  • Tulis semua pemikiran negatif yang mungkin menghalang kita daripada mencapai impian sendiri. sebagai contoh ‘saya terlalu tua untuk melakukan ini’, ‘saya tidak akan mendapat wang yang cukup untuk hidup.’
  • Apabila selesai, baca setiap pemikiran negatif itu dengan kuat dengan memulakannya dengan ayat ini ‘saya melepaskan kepercayaan negatif ini daripada ia terus menghantui hidup saya.’
  • Fikirkan apakah pencapaian atau yang kita ada yang menampakkan kita boleh mencapai matlamat kita. Walaupun tidak banyak atau tidak kuat, kita sudah ada batu loncatan.
  • Beri matlamat atau impian kita satu jangka masa. Ini akan membantu kita mengelak penangguhan.
  • Mulakan dengan memiliki satu jurnal khas. Tulis misi dan pelan untuk mencapainya dengan jelas. Dari semasa ke semasa, catatkan apa yang kita lakukan untuk mencapainya.
  • Bina jaringan keselamatan. Maksudnya, pastikan anda tahu siapa yang boleh anda hubungi dan minta nasihat pada waktu sukar. Ibu bapa, rakan baik atau mentor mungkin boleh membantu memberi motivasi.



Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 9:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66689








Berminat untuk membeli mana-mana produk Shaklee? 

Penghantaran secara percuma atau COD di kawasan Sungai Udang Klang, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya. 

Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya. 












Nisha 
012-5425600 
SID : 912861

Vivix Shaklee memang membantu untuk merawat soft tissue injury tetapi....

Vivix Shaklee memag membantu untuk merawat soft tissue injury. Tetapi kita mesti tak senag duduk kan kalau dalam masa yang sama banyak pulak perkara lain yang terjadi.

Yelah.....Kebanyakan orang ambil Vivix ni nak mencuba untuk merawat sakit yang ditanggung. Tetapi jika lain pulak yang "menimpa", seperti contoh brader kat bawah ni. isteri dia lah orang pertama yang akan "melenting"dulu kan.....





Jom kita dengar "keluhan"dari mulut mereka sendiri , suami isteri yang bernasib baik ni.



Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.
Yeah, banyak lelaki yang perasan kuat & sihat sampai tak nak makan vitamin. Sampai dah nak lumpuh pun masih tak percaya?



Boleh juga baca cerita brader ni di link bawah ni.
Daripada culas makan vitamin, sekarang apa sudah jadi ni brader....








Berminat untuk membeli mana-mana produk Shaklee?

Penghantaran secara percuma atau COD di kawasan Sungai Udang Klang, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya.

Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya.











Nisha
012-5425600 
SID : 912861

Thursday 30 July 2015

Amansara Steak House di Bandar Botanik, Klang.


Sebenarnya dah lama dah kami makan di Amansara Steak House Taman Botanik ni. Rasanya awal tahun hari tu. Hahahahahahahaha.......tapi baru nak share dalam blog.

Restoran ni adalah restoran makanan barat yang lokasi nya agak strategik di Taman Botanik, Klang; di deretan kedai yang dikelilingi dengan kawasan perumahan yang padat. Memandangkan kiri dan kanan restoran ni hanyalah kedai-kedai yang beroperasi pada waktu siang, jadi agak mudah lah untuk mencari tempat letak kereta.









Ini adalah sign board restoran ni. Gambar tak berapa terang sebab ambil dalam keadaan yang kelam kabut.

Gambar dari pandangan depan dan luar restoran Amansara Steak House.


Kami cuma order 3 menu sahaja. Sebab tak yakin akan habis kalau order makanan banyak-banyak.


Yang ini pastinya lamb chop kepunyaan suami saya. Jangan risau, saya pasti akan mintak sikit....

Yang ini combo fajitas kepunyaan saya. Campuran daging ayam dan daging lembu. Saya order ni sebab ini antara makanan yang mengenyangkan dan boleh share ramai-ramai. 

Haaa.....yang ini pastinya kepunyaan anak-anak dara saya. Diorang ni akalu pergi restoran makanan barat, ini aje lah yang di order. Layan kan je sebab kalau order yang lain-lain, tak habis makan jadi membazir nanti.



Kesimpulannya, makanan nya boleh tahan sedap. Sekali-sekala datang untuk tukar-tukar selera boleh lah. Kalau selalu, "bengkok"lah orang yang nak membayarnya nanti.
Huhuhuhuhuhu...................


Ok. Nanti saya share lagi kedai makan yang lain pula ye.....





Vivix Shaklee - Syrup serbaguna untuk pelbagai kebaikan.

Saya sangat suka nak promote Vivix Shaklee ni. Macam-macam masalah yang serasi dengan hasil pengambilan Vivix Shaklee secara konsisten.





Apa yang pasti, ramai yang ambil Vivix Shaklee ni akan berpuas hati. 




Untuk baca artikel lain yang berkaitan tentang Vivix, boleh klik di bawah.
Testimoni pesakit diabetes yang telah mengamalkan Vivix Shaklee.






















Berminat untuk membeli produk Shaklee di atas?

Atau berminat untuk membeli mana-mana produk Shaklee?

Penghantaran secara percuma atau COD di kawasan Sungai Udang Klang, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya.

 Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya.
















Nisha
012-5425600 
SID : 912861

Apa yang anda perlu tahu tentang cholesterol. "Baik"atau "Jahat".

Ujian kolesterol lengkap (juga dikenali sebagai lipid panel atau lipid profile) mengukur jumlah "baik" dan "buruk" kolesterol dan tahap trigliserida dalam darah anda. Kolesterol adalah lembut, lemak berlilin yang diperlukan tubuh anda untuk berfungsi dengan betul. Walau bagaimanapun, terlalu banyak kolesterol boleh membawa kepada penyakit jantung, strok, dan aterosklerosis (tersumbat atau pengerasan arteri).

sumber dari bulletindiet.blogspot.com


Pakar bersetuju bahawa lelaki perlu mempunyai pemeriksaan tahap kolesterol pertama mereka sebelum berumur 35 tahun dan wanita sebelum umur 45 tahun. Untuk kekal sihat sentiasa, anda digalakkan sentiasa melakukan pemeriksaan tahap kolesterol anda setiap lima tahun selepas umur 20 tahun.


Jika anda telah didiagnosis dengan diabetes, penyakit jantung, strok, atau tekanan darah tinggi, atau jika anda mengambil ubat untuk mengawal tahap kolesterol anda, anda perlu mempunyai ujian kolesterol tahunan tidak kira apa jua umur anda.


sumber dari lovesihat.com


Ujian kolesterol adalah sangat penting jika anda:
1) Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami tahap kolesterol yang tinggi atau penyakit jantung.
2) Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
3) Kerap minum arak.
4) Mengamalkan cara hidup yang tidak sihat.
5) Perokok tegar.
6) Mengalami diabetes, penyakit buah pinggang, sindrom ovari polisistik, atau kelenjar tiroid kurang aktif.


Apa yang perlu anda lakukan ialah anda perlu mengetahui tahap kolesterol anda. Ujian kolesterol yang lengkap dapat mengetahui empat jenis lipid (lemak) di dalam darah.

  • Jumlah kolesterol: ini adalah jumlah kolesterol dalam darah anda.
  • Berketumpatan rendah lipoprotein (LDL) kolesterol: ini disebut sebagai kolesterol "buruk" dan terlalu banyak ia boleh membawa kepada serangan jantung, strok, dan aterosklerosis.
  • Berkepadatan tinggi lipoprotein (HDL) kolesterol: ini disebut sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengeluarkan kolesterol LDL dari darah anda.
  • Trigliserida: apabila anda makan, badan anda menukarkan kalori ia tidak perlu ke trigliserida, yang disimpan dalam sel-sel lemak anda. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau kencing manis atau yang makan terlalu banyak gula-gula atau minum terlalu banyak alkohol boleh mempunyai trigliserida tinggi.



Ujian.
Ujian darah diperlukan untuk menguji tahap kolesterol anda. Selalunya, jika anda hanya menguji untuk HDL dan jumlah kolesterol, anda boleh makan terlebih dahulu. Jika anda mempunyai profil lipid yang lengkap dilakukan, anda tidak boleh makan atau minum apa-apa selain daripada air selama sembilan hingga 12 jam sebelum ujian.

Jika anda mengambil ubat-ubatan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol anda, seperti pil kawalan kelahiran, doktor anda mungkin akan meminta anda untuk berhenti mengambil ubat-ubatan tersebut selama beberapa hari sebelum ujian.

Ujian ini biasanya dilakukan pada waktu pagi, kerana anda mungkin akan berpuasa sejak malam sebelumnya. Ujian darah adalah satu prosedur pesakit luar, biasanya dilakukan di makmal diagnostik. Prosedur ini mengambil masa hanya beberapa minit dan agak menyakitkan.

Tidak banyak risiko yang berkaitan dengan darah anda telah disediakan untuk ujian kolesterol. Anda mungkin merasa sedikit pengsan atau beberapa kesakitan atau sakit di tapak di mana darah anda tertarik. Terdapat juga risiko yang sangat sedikit jangkitan di tapak tusukan itu.


Keputusan.
Tahap kolesterol diukur miligram (mg) kolesterol setiap deciliter (dL) darah. Keputusan yang ideal bagi kebanyakan orang dewasa adalah:

  • LDL: 70-130 mg / dL (bilangan yang lebih rendah, lebih baik)
  • HDL: lebih daripada 40-60 mg / dL (bilangan yang lebih tinggi, lebih baik)
  • Jumlah kolesterol: kurang daripada 200 mg / dL (bilangan yang lebih rendah, lebih baik)
  • Trigliserida: 10-150 mg / dL (bilangan yang lebih rendah, lebih baik)

sumber dari familyherbal.net



Jika tahap kolesterol anda berada di luar julat normal, anda mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk penyakit jantung, strok, dan aterosklerosis. Jika keputusan ujian anda tidak normal, doktor anda juga boleh memerintahkan ujian glukosa darah untuk memeriksa kencing manis. Dia juga boleh memerintahkan ujian fungsi tiroid untuk menentukan sama ada tiroid anda kurang aktif.

Jika anda didiagnosis dengan kolesterol tinggi, anda boleh memperbaiki keputusan ujian anda dengan:

  • Makan diet rendah lemak
  • Bersenam secara tetap
  • Mengelakkan menghisap rokok
  • Mengambil ubat kolesterol



Artikel ini dari sumber : MSN Health & Fitness. Medically Reviewed by George Krucik, MD

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel di bawah ni.




Berminat  untuk membeli mana-mana produk Shaklee?

Penghantaran secara percuma atau COD di kawasan Sungai Udang Klang, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya.

Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya.












Nisha
012-5425600 
SID : 912861

Wednesday 29 July 2015

Restoran Aroma Hijrah - makanan arab yang sedap.


Restoran Aroma Hijrah yang terletak di TTDI Jaya Shah Alam ni memang terkenal dengan nasi arab nya yang sedap. Walaupun ada bermacam-macam lagi makanan di sini, tapi nasi arab nya memang terkenal kesedapannya. Sekarang ni tak perlu dah nak ke nagara arab untuk merasai hidangan dan menu orang arab. Di Shah Alam pun boleh dah.



Restoran nya yang dihias cantik ala-ala seperti restoran di negara arab, telah memberikan mood yang selesa untuk makan bersama keluarga. Hehehee....walaupun saya tak pernah pergi negara arab tapi saya pernah tengok dalam internet. Haahhahahaa.....



Ini tempat makan yang duduk bersila. Kalau datang ramai-ramai dalam 12 orang dewasa masih boleh muat lagi duduk di sini. Syiok jugak duduk sini ramai-ramai dengan adik-beradik.






sumber dari inamemoriesandmemoirs.blogspot.com

Ini adalah sebahagian dari set makanan arab yang dihidangkan di sini. Kalau datang ramai-ramai, lebih berbaloi kalau order set ni je.


Tapi, pada waktu saya ambil gambar ni, kami cuma 5 beranak je. Jadi kami order set untuk seorang makan. Dan kami order 2 jenis nasi.





Saya dah lupa pulak yang mana satu nasi khabsah dan yang mana satu nasi mandy. Tapi yang pasti dua-dua tu daging kambing. Yummmiieeee........



Ini teh arab kegemaran kami sekeluarga terutama nya anak nombor 2 saya. Yang sangat membezakan teh arab dengan teh yang biasa minum di rumah ialah teh arab ada daun pudina. Ini yang syiok bila minum.


Memang berbaloi-baloi makan di sini. Dalam 2 bulan tu adalah sekali kami akan makan di sini. Sebab anak-anak memang konpem akan habiskan makanan diorang kalau makan di sini.

Untuk lebih details kawasan dan contact number, boleh refer di bawah ni ye. Details di bawah ni ehsan dari blog hazmanfadzil.com


RESTORAN AROMA HIJRAH
  • No 6, Jalan Opera H u2/H,TTDI Jaya,
  • 40150 Shah Alam, Malaysia
 Facebook : https://www.facebook.com/aroma.hijrah
Waktu operasi : 11pagi – 11 malam
Telefon : 0378321524 atau 0126544838 atau 0126644639
Restoran Aroma Hijrah TTDI JAYA












 






















5 jenis makanan yang boleh mengurangkan kadar kolesterol.


1) Mil oat dan kulit oat (Bran oat).
   

Image result for bran oat


Mil oat mengandungi serat mudah larut yang mengurangkan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL), kolesterol tidak baik. Serat larut jiga boleh didapati dalam makanan seperti kacang merah, epal, buah pear, psilium, barli dan buah prun.


2) Ikan dan asid lemak omega-3.

Image result for asid lemak omega 3
sumber dari portalsihat.com

Kajian telah menyokong bahawa memakan ikan berlemak boleh merendahkan tahap kolesterol kerana asid lemak omega-3 yang tinggi. Ia juga mengurangkan tekanan darah dan risiko darah bergumpal. Bagi pesakit jantung, asid lemak omega-3 atau minyak ikan mampu mengurangkan risiko mati tiba-tiba.


3) Walnuts, badam dan banyak lagi.

Image result for walnuts, badam
sumber dari onegreenplanet.org

Kajian telah menunjukkan walnuts boleh mengurangkan kolesterol dalam darah. Kaya dengan asid politaktepu lemak, walnuts juga membantu mengekalkan salur darah sihat dan anjal. Begitu juga badam, menunjukkan peningkatan ketara dalam hanya 4 minggu.


4) Minyak zaitun.

Image result for minyak zaitun
sumber dari asamgaram2puteri.blogspot.com

Minyak zaitun mengandungi campuran antioksida yang kuat yang boleh mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) tanpa mengurangkan kadar kolesterol baik (HDL). Disarankan anda mengambil 2 sudu makan (23gram) minyak zaitun sehari. Anda boleh menggunakan minyak zaitun dalam masakan.


5) Makanan yang diperkyatkan dengan sterol tumbuhan atau stanol.

Image result for marjerin Image result for jus oren
sumber dari rasa.karangkraf.com                sumber dari pama.karangkarf.com

Makanan yang diperkuatkan ini mampu menghalang penyerapan kolesterol. Marjerin, jus oren dan minuman yoghurt yang diperkuatkan dengan sterol tumbuhan boleh mengurangkan kolesterol LDL lebih daripada 10%. Amaun sterol tumbuhan yang diperlukan setiap hari ialah sekurang-kurangnya   2 gram, sama dengan 237 mililiter jus oren yang diperkuatkan oleh sterol tumbuhan.


sumber dari Rahsia Minda Hebat. Terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.




Berminat untuk mengetahui produk Shaklee yang berkaitan?

7 kelebihan omega guard Shaklee.

Testimoni mengawal kolesterol, darah tinggi dan obesiti.



Penghantaran secara percuma atau COD produk Shaklee di kawasan Sungai Udang Klang, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya.

Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya.




Nisha
012-5425600 
SID : 912861