Wednesday, 29 July 2015

Restoran Aroma Hijrah - makanan arab yang sedap.


Restoran Aroma Hijrah yang terletak di TTDI Jaya Shah Alam ni memang terkenal dengan nasi arab nya yang sedap. Walaupun ada bermacam-macam lagi makanan di sini, tapi nasi arab nya memang terkenal kesedapannya. Sekarang ni tak perlu dah nak ke nagara arab untuk merasai hidangan dan menu orang arab. Di Shah Alam pun boleh dah.



Restoran nya yang dihias cantik ala-ala seperti restoran di negara arab, telah memberikan mood yang selesa untuk makan bersama keluarga. Hehehee....walaupun saya tak pernah pergi negara arab tapi saya pernah tengok dalam internet. Haahhahahaa.....



Ini tempat makan yang duduk bersila. Kalau datang ramai-ramai dalam 12 orang dewasa masih boleh muat lagi duduk di sini. Syiok jugak duduk sini ramai-ramai dengan adik-beradik.






sumber dari inamemoriesandmemoirs.blogspot.com

Ini adalah sebahagian dari set makanan arab yang dihidangkan di sini. Kalau datang ramai-ramai, lebih berbaloi kalau order set ni je.


Tapi, pada waktu saya ambil gambar ni, kami cuma 5 beranak je. Jadi kami order set untuk seorang makan. Dan kami order 2 jenis nasi.





Saya dah lupa pulak yang mana satu nasi khabsah dan yang mana satu nasi mandy. Tapi yang pasti dua-dua tu daging kambing. Yummmiieeee........



Ini teh arab kegemaran kami sekeluarga terutama nya anak nombor 2 saya. Yang sangat membezakan teh arab dengan teh yang biasa minum di rumah ialah teh arab ada daun pudina. Ini yang syiok bila minum.


Memang berbaloi-baloi makan di sini. Dalam 2 bulan tu adalah sekali kami akan makan di sini. Sebab anak-anak memang konpem akan habiskan makanan diorang kalau makan di sini.

Untuk lebih details kawasan dan contact number, boleh refer di bawah ni ye. Details di bawah ni ehsan dari blog hazmanfadzil.com


RESTORAN AROMA HIJRAH
  • No 6, Jalan Opera H u2/H,TTDI Jaya,
  • 40150 Shah Alam, Malaysia
 Facebook : https://www.facebook.com/aroma.hijrah
Waktu operasi : 11pagi – 11 malam
Telefon : 0378321524 atau 0126544838 atau 0126644639
Restoran Aroma Hijrah TTDI JAYA