Sunday 30 November 2014

PPAS Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Assalamua'laikum. Setiap kali hujung minggu, kami akan ada aktiviti yang perlu dilakukan bersama anak2. Kebiasaan nya kami akan pergi ke shopping mall. Dalam 2 minggu sekali kami akan Tesco untuk membeli barang2 keperluan rumah. Kalau tak da apa yang nak dibeli, kami akan cuba ke shopping mall yang ada tempat untuk anak2 bermain. 

Kalau ke shopping mall,  biasanya kami akan keluar dari rumah lepas Asar. Jadi tak perlulah lama2 sangat di luar. Makan siap2 di rumah. Hehehe....Jimat. Yang penting ada lah aktiviti supaya anak2 tak bosan. Ye lah, hari2 biasa kami akan jumpa waktu malam je. Itupun 2-3 jam je. So, inilah masa bonding bersama anak2.

3 minggu lepas, kami telah mencuba satu kelainan. Kami telah menghabiskan masa selama 2 jam di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Walaupun perpustakaan ni dah lama dibuka, tetapi kami baru je sempat menjengah. Best jugak rupanya.



Ini adalah waktu perkhidmatan dia. Saje letak gambar ni di blog. Sebab senang saya nak refer bila2 masa. PPAS ni terletak di dalam kawasan KGSAS (Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah), Seksyen 13 Shah Alam. InsyaAllah senang je nak cari.

Sampai je disitu. kami cuma dibenarkan masuk ke tempat kanak- kanak. Kawasan yang dikhaskan untuk kanak-kanak dibenarkan berlari dan bermain. Dalam masa yang sama, buku- buku juga banyak disediakan. Tetapi yang heaven nya, tempat kanak-kanak bergolek-golek yang luas. Ada juga disediakan bean bag dan sofa. Jadi kalau bawa baby pun tiada masalah. Toilet juga disediakan di dalam kawasan ini juga.


























Pokok besar artificial memang menarik minat bukan sahaja kanak2 tetapi saya juga. Huhuhuhu.......



Yang ni aktiviti bermain lampu yang ada animasi terpantul di atas lantai. Seronok budak2 memijak2 kawasan ni.


Haaa.......tengok. Baby pun enjoy tau. Model cilik seluar merah ni adalah baby debab saya, Amar Qhalif.














Memang enjoy. Yang penting, boleh bawa satu keluarga ke sini. Lepas ni kalau anak dara saya, Ain Qistina ada homework dan dia macam malas2 je nak buat, boleh ajak dia buat homework kat sini. Bagi kelainan sikit untuk dapat feel nak buat homework tu. Kawasan ni tak perlu senyap. So senang nak ajar dia. 




Sedang mencari produk Shaklee? Berminat untuk mencuba mana2 produk Shaklee? Dapatkan konsultasi percuma tanpa had dengan menjadi customer saya.

Penghantaran keseluruh Malaysia melalui kurier servis. Penghantaran terus ke rumah secara COD di kawasan Telok Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang dan kawasan disekitarnya.

Hubungi pengedar Shaklee anda.

Pengedar sah Shaklee : Nisha
Whatssap/Telegram    : 012-5425600
Shaklee ID                  : 912861

No comments:

Post a Comment