Monday, 1 December 2014

2 kegunaan lain halia selain bahan utama masakan yang pasti anda taktahu.

Halia yang saya tahu ada halia tua, halia muda, dan halia bara. Untuk buat ubat biasanya orang akan guna halia bara. Saya pernah rasa halia bara ni. Memang "pedas" dia rasa lain macam sikit. Yang puas hati, kalau makan time sakit perut, perrghhhh.....memang puas hati hasilnya.

Entry kali ni saya nak cerita mengenai halia tua yang saya beli minggu lepas. Saya beli hampir 1kg ~ RM10. Banyak tuueeee...... Tujuan utama beli halia tua ni sebenarnya nak buat air. Ada 2 jenis air yang saya buat. Satu air yang akan digunakan untuk nyah kan bau najis kucing supaya kucing2 tak akan datang "membuang" lagi dihalaman rumah saya. Petua ni parents saya yang bagi. Yang kedua infused water untuk meningkatkan sistem imun badan.

Mula2 cuci halia ni. Memandangkan masih banyak tanah yang melekat, letak halia dalam singki dan alirkan air paip. Tinggal kat celah2 yang payah tu, kita rendam halia2 ni. Agak2lah kalau dah tanggal tanah2 yang melekat kat halia2 tu, boleh dikeringkan pulak.




Pada hari yang kita nak spray kat kawasan yang terbabit tu, kita blend halia2 tu dengan kulit2 nya sekali. Tapis untuk dapatkan airnya dan masukkan air halia ke dalam botol yang ada spray nozzle. Contoh kat bawah ni saya guna botol Febreeze yang dah kosong.



Yang tinggal kat tapis tu, perah dia. Sayang tau....




Dah boleh terus spray kat kawasan yang terlibat. Hampas halia tu boleh je tabur2 kan kat atas rumput tu. 2-3 hari sekali boleh spray lagi.



Yang kedua, buat infused water. Yang ni mudah. Hiris2 je semuanya. Hiris halia, lemon, limau potong (tak da pun tak apa), dan timun mengikut saiz yang mudah nak masukkan dalam botol minuman nanti.



Perah dulu lemon dan limau sebelum masukkan je terus dalam botol bercampur air kosong. Kalau tak perah, rasa nya tak sedap sangat. Wangi lemon tu tak ada.






















Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan 2-3 jam sebelum boleh minum. Mudah kan.....



















Sedang mencari produk Shaklee? Berminat untuk mencuba mana2 produk Shaklee? Dapatkan konsultasi percuma tanpa had dengan menjadi customer saya.

Penghantaran keseluruh Malaysia melalui kurier servis. Penghantaran terus ke rumah secara COD di kawasan Telok Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang dan kawasan disekitarnya.

Hubungi pengedar Shaklee anda.

Pengedar sah Shaklee : Nisha
Whatssap/Telegram    : 012-5425600
Shaklee ID                  : 912861