Wednesday 17 December 2014

3 fakta menarik tentang saya.


Assalamua'laikum. Entry ni sepatutnya saya dah buat 3 minggu yang lepas. Tapi saya buntu sebenarnya. Sebab saya tak tahu nak cerita apa yang menarik tentang  diri saya. Dan saya tak tahu nak ceritakan macam mana. Minggu lepas saya ada tanya suami saya dan Isnin minggu lepas ni baru dia bagitau.Hurrmmm....

Gambar raya Aidilfitri 2014.

Yang pertama, suami saya cakap saya ni jenis yang "asal boleh" dan selamba. Yup, point ni memang selalu suami sebut kat saya. Dia kata saya ni jenis yang kadang2 tu hati kering. Kalau perkara tu memang betul, selalunya saya buat jek. Sebab kadang2 kalau terlalu di fikirkan sangat, tak dapat nanti atau kita akan tertinggal.

Gambar di Empire Shopping mall, Subang.


Contoh; situasi waktu nak park kereta. Kadang2 tu, ada segelintir yang dia masuk dalam kereta tapi dok buat benda lain. Dekat nak 5 minit tak keluar lagi dari parking. Biasanya, saya kan turun dari kereta dan ketuk cermin kereta dia dan tanya samada dia nak keluar kan kereta atau tidak. Sebab, kalau dia belum lagi nak keluarkan kereta, lebih baik saya cari tempat lain. Atau kadang2 tu dia tak perasan ada orang sedang tunggu tempat parking tu. So, lebih baik bertanya dan pastikan. Takda lah nanti, bila kita dah gerak ke tempat lain dan dia pun keluarkan kereta. Ha.....kan dah rugi tu.

Yang kedua, suami bagitau yang saya ni pemurah dari segi kewangan. Huhuhuhu.....yang ni saya tak tau macam mana nak cerita sebenarnya. Mungkin ye saya ni pemurah, tetapi tengok orang jugak lah. Kalau memang orang tu betul2 susah, yang ni memang saya ok je nak tolong. Tapi kalau belanja setiap bulan macam orang gaji RM10k, pastu gaji cuma RM1K, hahahahaha...........jangan harap saya akan bagi dia duit. Sebab saya pun berjimat untuk simpan duit tau......Errrr.....macam ni boleh kira saya pemurah ke ekkk....

Yang ketiga, suami cakap saya ni tegas. Yup, yang ni betul kot. Walaupun kadang2 saya rasa macam lebih kepada "keras kepala". Hurrrmmmm....Hahahahaaha..........Saya ni jenis yang kalau saya tak nak atau saya tak suka, memang sampai sudah lah saya tak nak atau tak suka. Kecuali ada perkara2 yang boleh menukar perception saya. Wallahua'lam....

Gambar di Shaklee HQ, Bangunan Pinnacle, Sunway.

Untuk pengetahuan, ramai kawan2 saya cakap saya ni jenis blur. Biasanya gosip2 kat office mesti saya ketinggalan. Dan kadang2 saya tak perasan pun apa yang sedang berlaku disekeliling saya. Jadi saya ni jenis yang susah nak suka ke, tak suka ke. Ehhh....boleh kait tak dengan point ketiga tadi. 😙

Yang keempat, tak ada. Okl lah. Cukuplah dengan cerita di atas ni. Tak boleh banyak2. Bahaya. Muahahahaha.......









Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee, boleh hubungi saya.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.


Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

No comments:

Post a Comment