Wednesday, 17 December 2014

Homemade ais krim yang mudah, sedap dan murah.







Hari ni meh saya share cara buat ais krim yang mudah, cepat dan sedap. Ada banyak resepi buat ais krim yang menggunakan telur ayam. Tetapi saya try cari yang tak menggunakan telur ayam dan saya olah resepi ni sikit mengikut bahan2 yang saya ada di rumah. Mungkin hasilnya tak sehebat ais krim Magnum (muahaahaah) tapi anak2 saya suka. Suami pun puji kata ok dan dia bagi rating tak jauh beza dengan ais krim yang beli kat kedai tu. Heheehhehe..... seronok suami puji. Rasa di awang awangan plak.

Ok. Jom saya share cara buat ais krim ni.

Bahan2 yang saya gunakan :
Susu sejat Ideal.
Susu segar (kotak) rendah lemak Marigold.
Ovalett cake stabiliser.
Serbuk coklat. (Saya guna Oligo 3 in 1)


Cara membuatnya:

1) Mula2 masukkan 2/3 tin susu sejat Ideal ke dalam mangkuk mixer.

2) Kemudian masukkan 1/2 kotak (1 L) susu segar Marigold ke dalam mangkuk mixer tadi.

3) Masukkan 2 sudu kecil ovalett ke dalam mangkuk mixer yang sama jugak.


4) Pukul bahan2 tadi yang dah dimasukkan ke dalam mangkuk dengan menggunakan mixer. Mesin adunan tadi sehingga adunan menjadi kembang. Pukul dalam 20 minit (Adunan tadi akan kembang sehingga penuh 3/4 mangkuk mixer)


5) Masukkan ke dalam bekas makanan yang bertutup. Kemudian masukkan ke dalam freezer.




















6) Tunggu sehingga lebih kurang 6 jam. Ais krim tadi dah boleh dimakan. Tetapi, disebabkan saya menggunakan susu sejat dan bukan susu pekat manis atau whipping cream, ais krim saya tak halus sangat macam ais krim Magnum (muahahaahaha) dan cepat cair bila hidang dalam piring.

TAPI TETAP SEDAP TAU......

Anak2 cakap rasa macam ais krim Milo dalam kotak tu.






















Sekian sajalah resepi saya untuk harini. Lepas ni saya bagi resepi lain pulak ye.