Tuesday 2 December 2014

Cheesekut yang mudah dan cepat.

Assalamua'laikum. Hari ini saya nak share resepi cheesekut yang mudah dan cepat. Bahan2 yang digunakan tidak mengikut sepenuhnya resepi2 lain yang biasa dibuat. Saya menggunakan apa yang ada di rumah. Yang penting hasilnya sedap alhamdulillah. Menepati selera saya.

Biskut lemak 4 segi tu memang dah lama tersimpan. Ada dalam 4 bulan kot. Tersimpan je 7 keping dalam botol tu. Tak siapa nak makan. Nak buang sayang pulak. Oleh kerana dah agak lemau, jadi saya masukkan dalam oven dulu. Nak rangupkan dan wangikan balik. Tak de lah bau biskut lemau kan. Hehehehe...... Setting oven seperti dibawah ni. Set pada 150degC selama 15 minit.



Bahan2 yang diperlukan :

Biskut lemak 4 segi tu. 
Biskut butang.
Cream cheese.
Susu segar dalam kotak perisa vanilla. (1/2 liter)
Serbuk minuman coklat segera 3 in 1.


Mula2 masukkan cream cheese ke dalam mangkuk mixer bersama dengan susu segar kotak. Cream cheese tu masukkan semuanya. Kemudian, masukkan 1/2 liter susu segar. Mix kan kedua duanya sehingga nampak kembang selama lebih kurang 20 minit.





Cream cheese dalam mangkuk mixer.

Susu segar dalam mangkuk mixer bersama cream cheese yang belum di putarkan.


Setelah kedua dua adunan tadi dah kembang, boleh lah dituangkan kedalam bekas yang telah disusun dengan biskut lemak 4 segi tu. Selang seli kan antara biskut dan aduan tadi.


Oleh kerana adunan ada lebih dan biskut lemak 4 segi tu dah habis, saya gunakan biskut butang untuk kat bahagian atas sekali. Tuang kan adunan yang terakhir dan taburkan minuman serbuk coklat 3 in 1. Rasa manis dari minuman serbuk coklat dan gula ising dari biskut butang tu akan membantu untuk balance kan rasa masam dari cream cheese tu.


Masukkan dalam peti ais selama 2-3 jam. Nak makan kena ceduk guna sudu sebab adunan cream cheese dan susu segar tidak melikat. Tapi tetap marvellous. Jom cuba. Pasti tak menyesal.




















Sedang mencari produk Shaklee? Berminat untuk mencuba mana2 produk Shaklee? Dapatkan konsultasi percuma tanpa had dengan menjadi customer saya.

Penghantaran keseluruh Malaysia melalui kurier servis. Penghantaran terus ke rumah secara COD di kawasan Telok Gadong, Teluk Pulai, Sungai Udang dan kawasan disekitarnya.

Hubungi pengedar Shaklee anda.

Pengedar sah Shaklee : Nisha
Whatssap/Telegram    : 012-5425600
Shaklee ID                  : 912861

No comments:

Post a Comment