Friday 28 November 2014

Resepi spagheti goreng.

Kadang2 memang pening nak masak apa kat rumah pada hujung minggu. Lebih2 lagi kalau dalam freezer tak da makanan yang boleh dimasak. Bila buka almari, nampak ada spaghetti dan dalam freezer ada bebola tu je. Sotong ke, udang ke , ayam ke, semuanya tak da. Nampaknya kita masak apa yang ada ye. Walaupun pada mulanya plan nak buat spagheti olio ogleo tu. Tapi sebab udang tak ada dan yang ada dalam freezer cuma bebola ikan, bebola ketam dan fish cake ni je, jadi jom kita try je.


Bahan-bahan:
Bebola ikan, bebola ketam dan fish cake yang dipotong kecil2.
Cili benggala dipotong dadu.
Bawang putih dicincang halus.
Serbuk oregano.
Minyak zaitun.
Chili flakes.
Spaghetti.


Mula2 rebus spaghetti. Dalam air rebusan tu masukkan sedikit minyak zaitun. Ini supaya spaghetti tadi direbus dengan cantik dan tidak melekat2.

Tumis bawang putih yang dicincang halus. Bila dah kekuningan dan naik bau wangi, masukkan bebola2 tadi yang dah dipotong kecil2. 




Kacau2 sehingga bebola bebola tersebut nampak separuh masak.

Kemudian masukkan cili benggala yang telah di potong kecil2 seperti di atas ni.


Kacau2 lagi dalam 5 minit. Kemudian masukkan serbuk oregano dan chili flakes. Saya gunakan 5 paket chili flakes Dominos. Yelah, tak pernah guna pun makan dengan pizza. Jadi daripada simpan tak guna, kita masukkan dalam spaghetti ni.




Macam ni lah rupa bila semua bahan2 telah dicampurkan. Kacau2 dan biarkan dalam 10 minit. Selepas tu boleh masukkan garam halus. Dan boleh lah masukkan spaghetti pulak. Jika spaghetti terlalu kering, letakkan minyak zaitun ikut sesedap rasa.




Ok. Inilah hasilnya spaghetti goreng ala2 olio oglio versi saya menggunakan bebola bebola dan kek ikan (fish cakes).

Untuk anak2 kira nya menu ni just nice sebab tak pedas. Tapi saya dan suami makan ber ulam kan cili api potong ngan sos ikan. Baru lah kickk.....






Sedang mencari produk Shaklee? Hubungi saya di

Nisha
012-5425600 (whatssap/telegram)
COD Klang (Sungai Udang, Teluk Pulai, dan kawasan sekitarnya)

Anda akan mendapat konsultasi pemakanan yang betul dengan percuma jika menjadi customer saya.
Berminat untuk menjadi rakan bisnes saya, saya akan pastikan anda di bimbing sehingga berjaya bersama mentor2 kami yang hebat.



No comments:

Post a Comment