Tuesday, 20 January 2015

Lauk/makanan untuk bayi 6 bulan dan ke atas.

Bulan depan 14hb Februari genaplah baby Amar umur setahun. Kali ni saya nak share kan lauk yang kerap saya bagi anak-anak saya waktu diorang baby. Resepi lauk untuk baby ni memang turun temurun dari emak saya. Serbuk ikan bilis.

Cara-cara nak buat. Mula-mula buang perut dan tulang ikan bilis. Kemudian cuci dengan air paip. Agak-agak lah. Jangan sampai lunyai pulak ikan bilis tu. Kemudian masuk ke dalam kuali. Saya guna non-stick frying pan. Lebih senang nak kacau. Guna kuali biasa pun boleh. Jap lupa nak bagitau.

Goreng tanpa minyak ye.



Kacau ikan bilis tu selalu supaya ia garing dengan sekata. Kalau tidak nanti sebahagian hangus sebahagian lagi tak masak pulak. Goreng hingga garing.
                                   



Bila dah garing boleh tutup api dan biarkan sejuk. Dah sejuk masukkan ke dalam blender untuk mesin kering tu. Mesin sampai betul-betul hancur dan halus macam serbuk.


                             
                     

Bila dah nampak halus, keluarkan dan tapis atau ayak dulu. Sebab akan ada juga yang tak lumat.


                           
                       

Bila dah habis ayak, ikan bilis yang tak lumat tu masukkan balik ke dalam blender dan mesin semula hingga lumat. 



Dah siap, simpan dalam bekas kedap udara. Ambil sikit-sikit dan gaulkan dengan bubur nasi baby mengikut keperluan dan sesedap rasa. Pastikan bubur yang dimasak tanpa garam sebab ikan bilis ni dah masin. 

Selamat mencuba.