Monday 6 October 2014

Rambut gugur.

Rambut gugur merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang. Jika rambut gugur antara 50-100 helai sehari, ia masih boleh dianggap normal. Tetapi, yang merisaukan ramai orang apabila rambut gugur terlekat di sikat selepas menyisir rambut atau rambut yang gugur penuh segenggam dilantai bilik air selepas mencuci rambut.

Rambut gugur boleh berpunca dari 3 perkara.


Rambut gugur kerana hormon.



Hormon yang tidak stabil boleh menjadi punca kepada rambut gugur teruk. Ketidakstabilan hormon ini boleh berpunca daripada kehamilan, melahirkan anak, mengamalkan pil perancang dan menopause.

Untuk wanita, selain estrogen kaum wanita juga ada menghasilkan androgen dalam jumlah yang sedikit. Tetapi androgen boleh menjadi lebih aktif jika wanita itu di dalam keadaan yang stress. Ini juga boleh menjadi punca kepada keguguran rambut.

Gangguan emosi ataupun stress akan menyebabkan peredaran darah ke kulit kepala terganggu. Ini menyebabkan folikel tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup.

Dengan urutan kepala yang sesuai boleh membantu mengurangkan stress seterusnya mengurangkan rambut gugur.




Rambut gugur kerana produk.



Jika kerap menggunakan produk untuk menggayakan rambut seperti meluruskan rambut atau mewarnakan rambut, ia akan menyebabkan rambut mudah putus. Atau pun penggunaan syampo rambut yang salah.

Juga, pengambilan beberapa antibiotik (ubatan moden) atau ubatan herbal boleh menjadi punca keguguran rambut yang teruk.


Rambut gugur kerana kurang vitamin.



Pemakanan yang sihat adalah penting untuk rambut sihat juga. Bijirin penuh, buah buahan, sayur sayuran, makanan ber protein tinggi seperti yoghurt, daging, ikan dan tauhu.

Jika perlu, mungkin anda perlu menambah makanan tambahan iaitu Biotin, Niasin, Zink, vitamin B6, B12, A dan E.


Penjagaan rambut yang betul juga perlu di titik beratkan. Seperti menggunakan minyak rambut yang sesuai dan urutan rambut yang betul. Untuk ini, anda boleh tanya di salun salun rambut dan mereka akan syor kan minyak rambut yang sesuai dan cara penggunaan yang betul.



Credit:
http://www.eh.com.my/artikel/kecantikan
http://drzubaidi.wordpress.com/




Pengedar Shaklee Klang
Nisha
SID 912861
Call / WhatssApp : 012-5425600




Shaklee Independent Distributor ID 912861

No comments:

Post a Comment