Sunday 26 October 2014

Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

ESP Shaklee merupakan makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Ia pertama kali telah dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Melalui penyelidikan dan ujian klinikal ESP Shaklee kini telah diiktiraf diseluruh dunia kerana mempunyai kualiti protein yang tinggi pernah dihasilkan.



Dengan menggunakan kacang soya yang hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap tin ESP Shaklee (850 gram) dihasilkan dari 30 kg kacang soya, telah memberikan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Paling istimewanya ESP Shaklee ni, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, dan membuatkan ESP Shaklee sesuai untuk penghidap kencing manis.

Dengan kandungan G.I yang rendah, ESP Shaklee akan memecahkan gula (dari karbohidrat) dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Ini dapat mengekalkan paras gula yang rendah dalam darah. 



Hasil dari pengamalan ESP Shaklee yang konsisten anda akan:

  • Awet muda - Kandungan asid amino di dalam ESP Shaklee ni membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, dan lain-lain.
  • Baik untuk hormon - Isoflavones di dalam soya adalah bagus dalam membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 
  • Baik untuk prostat - Genistein di dalam soya membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Membantu memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Pembekal tenaga - Selain meningkatkan system imun, ia juga memberikan tenaga dengan segera. Kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan adan kesan tua.
  • Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.



Protein pula memainkan peranan yang penting dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu serta komponen utama kepada hormon manusia. Kekurangan protein boleh menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi organ.




Memang banyak fungsi protein kepada badan manusia ni. Dan haruslah kita mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat. Bersederhanalah dalam setiap hidangan kita setiap hari.

Piramid makanan membantu kita menentukan kuantiti hidangan setiap hari.








Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee di atas, boleh hubungi saya.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.

Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

2 comments:

  1. Biasanya kalau orang dah ambil ESP ni, bila stop ambil, mesti rasa macam tak best je.. badan rasa kurang energy.. kulit pun macam tak berapa best.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tu.....memang ada rasa beza kalau selalu sangat skip ambik ESP ni

      Delete