Saturday, 11 October 2014

Kedai makan kegemaran kami.


Sebenarnya kedai makan ni lebih kepada kedai makan favourite en.suami. Kedai makan ayam kampung. Terletak di seksyen 7, Shah Alam. Kedai ini kepunyaan orang Kelantan kalau tak silap saya lah. Ini berdasarkan kebanyak kan staff di sini bercakap loghat Kelantan dan lauk pauk dia kebanyak kan nya masakkan orang Kelantan. Tapi bagi kami tetap sedap.


Kedudukan kedai dia bersebelahan dengan Klinik Dr. Rosli cawangan seksyen 7, Shah Alam. Memandangkan seksyen 7 Shah Alam ni luas, landmark yang saya boleh bagi adalah deretan kedai ni berdekatan dengan I-City Shah Alam.

Lauk ayam dia semua guna ayam kampung. Tapi yang menjadi favourite ramai orang yang datang sini adalah ayam goreng dia. Lemak, masin, rangup (tulang dia) dan memang addicted lah kalau sekali dah cuba.


Sorry lah gambar sempat snap bila dah nak habis makan. Sebelum tak ingat nak ambil gambar. Tak sabar nak makan. Dah lapar.Hehehehe..... 

Dicicah pulak dengan sambal belacan + budu + tempoyak = fuhhhh memang marvelous.

Lagi satu, kalau kami di sini kami akan order air kelapa dia. Memang pure dan sedap.

Apalgi, jom cuba makan disini. Tak rugi jadikan kedai ni sebagai salah satu kedai pilihan terutama untuk makan tengah hari di hujung minggu.

Selamat mencuba.




Sedang mencari produk Shaklee?


Call / Wassup : Nisha
                          012-5425600