Monday 13 October 2014

Homemade resepi saya : Cendawan tiram goreng ala2 tempura.


Untuk minum petang di hujung minggu ni, saya buat cendawan tiram goreng ala2 tempura. Bahan2 yang diperlukan adalah mudah sahaja.


Bahan-bahan.
5 sudu besar tepung gandum.
1 sudu besar tepung jagung.
3 sudu besar tepung goreng serbaguna Nona.
3 biji telur ayam.
Cendawan tiram (semestinya).
Air sejuk dari peti ais.




Mula-mula cuci cendawan. Cuma alirkan saja air paip ke atas cendawan di dalam tapis. Balik-balik kan cendawan tu. Nampak dah bersih, perah cendawan tu untuk dikeluarkan air (cendawan mudah meresap air). 


Kemudian, masuk kan tepung gandum + tepung jagung + tepung serbaguna Nona ke dalam satu bekas.



Tulang air sejuk dari peti ais perlahan-lahan ke dalam bekas yang berisi tepung tadi. Sambil tu kacau tepung tadi sehingga sebati.


Pastikan kelikatan tepung tadi seperti gambar di atas. Jangan cair sangat, nanti tepung tak melekat kat cendawan. Pekat sangat pun tak ok. Nanti tebal plak tepung tu setelah di goreng,

Sebelum tu, pukul telur ayam sehingga seperti gambar di atas.

Masuk kan cendawan ke dalam bekas berisi telur ayam yang telah di pukul. Salut kan telur ayam pada cendawan.

Kemudian, alihkan cendawan tu ke dalam bekas berisi tepung tadi. Salutkan cendawan2 tu dengan tepung dan boleh terus masuk kan ke dalam kuali yang berisi minyak panas.

Balik2 kan cendawan tadi. Goreng sehingga kekuning-kuningan. Atau goreng sehingga garing. Dan angkat cendawan tu.

Tadaaaa.......dah siap. 


Untuk lebih sedap, cicah dengan cili api kicap. Cara nak buat cili api kicap ni mudah je. Blend cili api + bawang putih + gula pasir + kicap + air tapis / air masak. Berapa banyak setiap bahan adalah mengikut selera anda. Nak masin lebih kan kicap, nak manis lebih kan gula, nak lebih sedap lebih kan bawang putih atau nak pekat boleh kurang kan air.

Senang tak? Sangat senang. Anda boleh cuba di rumah punyer......

Ok....kita bertemu lagi di lain masa.

Bye........



Sedang mencari produk Shaklee?


Nisha
Call/Wassup : 012-5425600









2 comments:

  1. Wah nak try juga lah nie...
    Belum pernah buat lagi.. 1st time nak cuba,,
    thanks kongsi resepi :)

    ReplyDelete
  2. Try lah...memang sedap. Saya pun baru try ni. Alhamdulillah menjadi.
    ;)

    ReplyDelete