Friday, 20 March 2015

Ketam masak lemak cili api campur nenas

Assalamua'laikum. Yeayyy...Juma'at kini kembali lagi. Hehehe....rasa seronok nak berehat bersama keluarga dah terbayang-bayang dimata. Mood nak buat kerja kat opis ni pun dah ke laut. 

Biasanya bila tiba hari Juma'at, kepala saya akan ligat berfikir apa yang dibuat waktu hujung minggu. Kalau ada permintaan nak masak lauk yang special, saya mesti plan apa barang-barang dapur yang harus dibeli. Buat list barang yang nak dibeli dan pagi Sabtu lepas sarapan boleh terus gi beli.

2 minggu yang lepas ada permintaan untuk masak lemak cili api ketam. Jom saya share resepi saya. Alhamdulillah suami dan anak-anak kata sedap. Winkwinkwink......

Mula-mula kita bersihkan ketam.


Kopek bahagian cengkerang tu dan buang.


Dah kopek dan cuci dengan air, saya potong dua dan masukkan dalam kuali bersama serai yang dah diketuk.


Dalam masa yang sama kisar cili api, bawang merah 3 biji dan kunyit hidup. Untuk 4 ekor ketam (sebesar tapak tangan), saya amik 9 biji cili api kampung dan kunyit sebesar ibu jari saya.


Masukkan ke dalam kuali tadi. Nyalakan api dapur dan biarkan sampai nampak berair.


Golek-golekkan ketam tu. Biar kan lagi dalam 10-15 minit. Sambil-sambil tu golek-golekkan ketam tu. Buat sehingga nampak ketam tu dah sebati dengan kunyit dan cili api tadi.

Bila dah nampak kering sikit, masukkan santan. Saya guna santan kotak je.

Masukkan santan sehingga ketam tadi nampak tenggelam. Kali ni masukkan nenas sekali. Nenas tu dipotong kecil dan dibuang bahagian yang keras tengah-tengah nenas tu.

Masukkan garam dan asam keping (kalau nenas tu tak masam). 

Masak sehingga mendidih dan jadi seperti gambar di atas. Kacau-kacau santan tu supaya tak jadi "tahi minyak".


Dah siap. Boleh lah dihidangkan dengan nasi panas. 





Berminat untuk membeli mana2 produk Shaklee?

Penghantaran secara percuma atau COD di kawasan Sungai Udang Klang, Telok Gadong, Teluk Pulai dan kawasan sekitarnya.

Hubungi saya segera. Anda akan dapat konsultasi cara makan yang betul dengan menjadi customer saya. 
























Nisha
012-5425600
SID : 912861