Monday 26 September 2016

Nilai duit RM jatuh 97% ke? Mengarutlah!!!

Pada mulanya saya pun kurang yakin dengan kenyataan di atas sebab ketika bersekolah rendah, saya dibekalkan dengan RM1 pada tahun 1990. Dapat beli nasi/mee dan air.

So kefahaman saya setakat tu. Zaman saya RM1 nilainya banyak tu.

Tapi kenyataan nilai ringgit jatuh 97% sejak tahun 1967 terbukti pada Sabtu lepas ketika saya bagi talk seminar emas di PG Kuching Branch

Ketika masuk topik nilai wang susut, saya bertanya dgn salah seorang peserta seminar iaitu Tuan Rafandi (Dealer baru kepada Mohammad Aziz), saya pilih dia memandangkan rupa beliau agak veteran (tapi masih hensem). 

Berapa duit dibekalkan ketika beliau di sekolah rendah?

Jawapannya 10 sen! Ya 10 sen! Ketika itu beliau masih darjah satu pada tahun 1971.

Apa dapat dibeli dengan 10 sen pada  tahun 1971? Jawapan lebih mengejutkan!

1. Nasi serta lauk ayam 
2. Air minuman 
3. Kuih muih 

Cuba bandingkan dengan 10 sen hari ini.. 

Kita cuma dapat beli gula-gula 2 biji. Kalau nak beli kuantiti makanan yang sama pastinya perlukan sekurang-kurangnya RM5!

Jika dibandingkan tahap kenyang dan kuantiti makanan tahun 1971 dengan 2016 berdasarkan nilai 10 sen:

Nilai 10 sen jatuh 97% adalah sangat tepat!

Jangan terkejut satu hari nanti anak/cucu kita pun terkejut dengan statement kita bawak bekal RM1 masa sekolah.

Mungkin zaman mereka nanti bawak bekal at least RM10 ke RM15 untuk makanan yang sama? 

Ok kesimpulan: Tukar sebahagian dari simpanan dalam bentuk emas fizikal. Sebelum nilainya semakin berkurang. Imbalkan dengan emas. 

Mengapa emas? 

Emas terbukti sebagai penyimpan nilai yang terbaik!


Cerita di atas saya ambil dari Encik Mustaqim Mohamed.

Tips emas credit ke : FB Mustaqim Mohamed.


Nisha.
☎️ 012-5425600.
p/s: saya ada jual emas...

No comments:

Post a Comment