Friday, 5 September 2014

Nasi tomato simple dan mudah dimasak di rumah....

Nasi tomato pastinya nasi yang dimasak dengan menggunakan tomato. Nasi tomato ni agak mudah nak dapat. Di pasar malam, jamuan2 dan di kedai2 makan. Tetapi tak semuanya menepati citarasa kita. Apa kata kita try buat sendiri nasi tomato ni.

Haaaa.......sekali sekala, jom saya share resepi makanan yang saya masak di rumah pulak. Menu ni saya buat pada hujung minggu yang lepas. Tapi baru berkesempatan nak update kat blog. Hidangan ni untuk 3 orang dewasa makan.


Bahan-bahan untuk nasi: 

2 1/2 cup beras
2 1/2 cup air
1/2 cup susu segar
Bahan penumis (bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,cengkih,lada sulah)
2 biji bawang merah hiris- kisar pun boleh
1 biji bawang putih hiris halus-kisar pun boleh
3 biji tomato segar yang di kisar halus
3 susu besar tomato sos
Sedikit minyak untuk menumis

Cara masak nasi:
1) Tumiskan bahan penumis. (Agak2 kuantiti dia). Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris atau dikisar. 
2) Bila bahan2 yang ditumis telah naik bau nya, masukkan  tomato segar yang telah dikisar halus dan tomato sos. 

Bahan-bahan yang ditumis (bahan penumis,bawang,tomato segar dan sos tomato)

Tomato segar yang dikisar halus.

3) Cuci beras dan tos kan air nya.

4) Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam kuali. Gaulkan sehingga beras dan bahan yang ditumis menjadi sebati.

5) Bila semuanya dah sebati,masukkan ke dalam rice cooker. Masukkan air dan susu segar.
Biarkan sehingga masak.




Untuk ayam masak merah pulak.


1) Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit dan goreng kan ayam tu.

2) Sementara itu, tumiskan bahan penumis, bawang merah, bawang putih, halia dan serai. (kesemua bawang dan halia tadi harus dihiris nipis2 dulu).

3) Bila bawang tadi dah kekuning kuningan, boleh lah masuk kan cili kering mesin dlm 5 sudu besar. Bila nampak cili tu macam dah masak (terbit minyak), boleh lah masuk bawang besar hiris, tomato segar yang dimesin dan buah tomato ceri (kalau suka--tak ada pun tak apa). 

4) Masukkan 2 sudu besar gula pasir, garam 1/2 sudu kecil dan 1 sudu kecil asam jawa (saya guna asam jawa tanpa biji jenama Adabi). Biarkan menggelegak dlm 1 minit.Kalau nampak kering sangat boleh lah masukkan air sikit.

5) Bila rasa dah ok, bolehlah masukkan ayam yg telah digoreng tadi.Golek2 kan ayam tu sehingga sebati dengan sambal.Biar dalam 1 minit dan boleh lah tutup api.Siap.....




Untuk acar jelatah senang aje. Hiris2 kan atau potong kecil2 timun,bawang besar,lobak merah,cili merah dan nenas. Masukkan dalam satu bekas bersama gula dan garam. Gula dan garam jgn terlalu byk.Hanya sesedap rasa je.





Ok. Dah siap nasi tomato bersama ayam masak merah dan acar jelatah.








Anda sedang mencari produk Shaklee? Mahu dihantar terus kerumah anda? 

Saya adalah pengedar sah Shaklee di kawasan Klang. Penghantaran keseluruh Malaysia adalah melalui pos.

Nisha
SID : 912861
FB page : Simple_healthy_life