Wednesday 3 September 2014

Masalah rabun mata.....

Mata rabun.



Masalah rabun mata ni, adalah masalah yang telah menjadi perkara biasa dizaman yang penuh dengan gadget2 canggih ni. Ini boleh dilihat dengan pertambahan bilangan kanak2 yang telah mula memakai cermin mata.

Masalah penglihatan mata boleh dikesan seawal empat tahun. 


Mengikut kajian, antara penyebab berlakunya rabun adalah disebabkan faktor keturunan. Seorang anak yang ibu bapanya mengalami masalah rabun mempunyai kebarangkalian 40 peratus menghidap masalah sama. 


Tetapi kalau melihat mengapa masalah ini makin serius dalam kalangan anak muda, ia disebabkan tabiat menonton terlampau dekat depan kaca televisyen yang boleh menjadi punca kepada masalah penglihatan. Kesilapan ini bukan saja boleh menyebabkan anda rabun tapi silau tinggi. 


Selain itu, masalah rabun boleh berlaku apabila anda melihat objek dekat terlalu lama terutama kebanyakan pelajar yang menghadap komputer lebih lima jam sehari. 



Jenis-Jenis Rabun Mata

1.        Rabun Dekat (Myopia)

Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya. Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun dekat mungkin akan menjadi lebih serius. Bagaimanapun kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.

2.        Rabun Jauh (Hyperopia)

Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.

3.        Astigmatism

Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Ia boleh wujud bersama penyakit rabun mata yang lain.


Pandangan penghidap rabun silau – objek menjadi terherot.



 credit : 
 hmetro.com.my/articles/Rabunmuda/Article
pmspk.moe.gov.my
    www.myhealth.gov.my





  Anda memerlukan produk Shaklee?

 Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Klang. 

Penghantaran keseluruh Malaysia dan Brunei adalah melalui pos.

 Mahukan COD di kawasan Klang? Atau mahu kan saya pos ke rumah anda?

 Sila hubungi:
Nisha
 Shaklee ID: 912861
Hp/Wassup : 012 5425600









2 comments:

  1. teringat adik member, umur 4 tahun dah pakai spec power 400. masa tu takde gadget lagi. but then maybe adik dia tu banyak sgt tgk tV kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo.....itu kena jumpa doktor kot.kecik sangat dah spec power 400. anyway, thanx lawat blog saya.

      Delete