Thursday, 25 February 2016

Village Banafee, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru.

Assalamua'laikum.

Harini nak cerita pasal satu kedai makan yang best bagi kami sekeluarga di Johor Bahru. Kedai ni terletak di Jalan Dato' Abdullah Tahir. Sebenarnya gambar-gambar di bawah ni diambil pada tahun lepas dalam bulan November 2015. Tapi baru harini saya berkesempatan untuk cerita.

Kedai makan ni terletak berdekatan dengan Hotel Mutiara, Johor Bahru. Disebabkan kami menginap di hotel ni setiap kali ke Johor Bharu, maka Village Banafee restoran ni akan menjadi tumpuan kami untuk minum petang atau 'supper'.

Apa yang best tentang kedai makan ni ialah mempunyai banyak pilihan makanan. Kedai nya berkonsepkan 'stall'. Jadi ada lebih kurang 5 'stall' yang berniaga di situ. Selain itu, persekitarannya yang selesa dan luas, memberikan rasa yang selesa dan tenang untuk bawa anak kecil.


Saje je ambil gambar tissue. 


Ini adalah menu minum petang. Pisang goreng cicah sambal kicap ni yang 'legend'.


Ini ialah cucur cicah sos. 
(sebenarnya saya tak psti cucur apa. penuh dengan lobak merah tapi rasanya sedap)


Otak-otak pun ada tau. Mestilah ada ye tak, inikan antara 'trademark' makanan orang-orang Johor.


Gambar ni diambil waktu minum petang. 'Liveband' belum start lagi.


Pisang goreng cicah cili kicap marvellous.


Ini ialah menu kami waktu 'supper'. Sup tulang merah Singapore. Memang sedap.....


Ini roti bawang putih untuk dicicah dengan sup tulang merah Singapore.


Ini menu yang dipilih oleh dua orang anak dara tu untuk 'supper'.


2 orang budak sedang makan dengan khusyuk.


Persekitaran yang selesa. Pencahayaan lampu yang sedang-sedang elok untuk menikmati makanan. 


Tak tahu nak tulis apa pasal gambar ni. Hahahahahaha.................


'Liveband' ni cuma ada waktu makan malam dan 'supper' je......


Saya suka tengok siling yang dihiasi dengan kain langsir ropol-ropol ni......

Sebelah kanan ni sebenarnya ada 'stall' jual shisha....


Puas hati dengan persembahan 'liveband' ni.



Secara keseluruhan, memang tak rugi untuk mencuba makanan di restoran Village Banafee, Johor Bharu ni.

Alamat penuh dia: 

Lot 9022, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor, 80300 Johor Bahru, Malaysia


Ok. Dah habis cerita........
Hikhikhikhikhik...........