1) Rancang percutian lebih awal bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini seperti kemalangan jalan raya akibat tergesa-gesa dan tiada persediaan awal.
- Kenderaan yang nak digunakan telah diselia dengan baik.
- Laluan untuk ke destinasi telah dipastikan terlebih dahulu. Jalan2 itu selamat, mudah dan cepat sampai ke destinasi.
2) Bawa barang yang perlu dan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan cuaca serta aktiviti sepanjang percutian.
Barang yang terlalu banyak dan tidak perlu akan mengganggu perjalanan. Pakaian yang tak bersesuian akan menyebabkan kita rasa tak selesa dan mungkin boleh mengundang bahaya. (Contoh : bercuti di pulau2 dan tepi2 laut memakai kasut tumit tinggi)
3) Pastikan anda sihat mental dan fizikal.
Ini penting sebab jika anda tidak sihat, ia akan merbahayakan keselamatan anda dan orang disekeliling.Jadi, jika tahu bila nak bercuti anda harus pastikan beberapa hari sebelum bercuti untuk menjaga pemakanan dan aktiviti anda .
4) Pastikan tempat percutian itu tidak mempunyai masalah mendapatkan air bersih dan mempunyai persekitaran yang bersih.
Sebahagian negara mempunyai masalah bekalan air bersih. Pastikan anda minum/makan di tempat yang diyakini bersih. Elakkan minuman / makanan yang dijual di tepi jalan.
5) Study dulu keadaan tempat yang hendak dilawati.
Dapatkan maklumat tempat yang hendak dilawati seperti keadaan cuaca, makanan, pengangkutan, lokasi penginapan dan sebagainya. Ini supaya kita tidak tersilap membuat pilihan secara terdesak dan kelam kabut sewaktu percutian.
6) Periksa kawasan sekitar apabila sampai di tempat penginapan / percutian.
Adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian kepada aspek2 keselamatan seperti laluan keluar ketika waktu kecemasan, lokasi alat pemadam api dan nombor yang patut dihubungi ketika dalam kesusahan.
7) Dapatkan info tentang keadaan tempat yang hendak dilawati.
Elakkan dari melawat negara yang sedang dilanda wabak penyakit seperti Ebola dan sebagainya. Atau tempat peranginan seperti kawasan air terjun yang mempunyai rekod ada masalah kencing tikus.
8) Pastikan anda balik dengan sihat.
Pastikan anda mendapat rawatan lanjut jika mengalami masalah kesihatan selepas kembali dari percutian.Ini untuk memastikan anda tidak dijangkiti dengan penyakit berjangkit yang merbahaya.
Tips kesihatan ini di ambil dari Buletin HSE (Isu 04) UMW.
Sedang mencari produk Shaklee?
Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.
Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.
Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861