Wednesday 29 October 2014

7 manfaat Collagen Shaklee dari 7 ramuan utama.

Collagen Shaklee adalah makanan tambahan yang mengandungi 4,000 mg collagen RSS (sisik ikan merah) proprietari, sejenis collagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Dengan berat molekular (berat molekular collagen disukat dalam dalton) yang rendah iaitu sekitar 1000 dalton, collagen Shaklee amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis collagen pada lapisan dermis dengan berkesan.



7 ramuan utama collagen Shaklee yang bergabung untuk mempertingkatkan keberkesanan collagen RSS dan membantu menyokong kecantikan dari dalam ke luar. Ramuan nya ialah :

1) Collagen dari sisik ikan merah.
     Sisik ikan merah ialah sumber collagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar        penyerapan yang tinggi berbanding dengan collagen haiwan lain.

2) Ekstrak biji Camellia Japonica.
    Biji nya yang terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3) Ekstrak Pfaffia.
    Juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japoniza, membantu formasi collagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4) Elastin dari collagen ikan.
    Elastin memelihara kulit menjadi lebih gleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Collagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan collagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5) Vitamin C dan vitamin B.
    Vitamin C menggalakkan penghasilan collagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperluakn untuk penghasilan collagen di dalam sel.

6) Ekstrak kekerang.
    Glucosamine ekstrak kekerang dalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidak selesaan mata.

7) Lactobacillus acidophilus.
    Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat dan mampu meningkatkan penyerapan collagen.



Dengan 7 ramuan di atas, collagen Shaklee telah terbukti memberikan banyak kesan positif bukan sahaja pada kulit tetapi telah memberikan :

1) Hasil kuku yang lebih cantik.
2) Rambut yang lebih lebat.
3) Membantu menguatkan tulang.
4) Membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
5) Membantu mengekalkan keanjalan otot mata kerana kornea mata perlu collagen.
6) Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya yang membekalkan nutrisi kepada otak memerlukan             collagen untuk menyokong nya.
7) Dan yang penting, kulit lebih anjal, cantik, lembap, kesan parut pudar, etc.....




Saya jamin, jika anda membeli collagen Shaklee memang ia sangat berbaloi dengan wang anda. Khasiatnya sangat banyak dan telah terbukti ramai yang telah merasai hasilnya.


Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee di atas, boleh hubungi saya.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.


Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

Tuesday 28 October 2014

6 rahsia mandi air sejuk.

Mandi merupakan rutin bagi setiap orang. Rutin yang biasa ialah 2 kali sehari yakni pagi dan petang. Tetapi ada orang (dikalangan orang-orang tua terutamanya) mereka lebih suka mandi 5 kali sehari. Rutin yang di amalkan sebelum solat fardhu. Ini supaya badan rasa lebih segar dan boleh fokus dan khusyuk sewaktu solat. Untuk waktu-waktu sejuk (pagi terutamanya), kebanyakkan kita lebih suka mandi guna air panas. Lebih- lebih lagi zaman sekarang dah ada kemudahan, petik je suis "water heater" terus je boleh mandi air panas. Tetapi adakah anda tahu mandi air sejuk juga boleh mendatangkan kebaikan pada tubuh badan. Berikut faedah mandi air sejuk.

Tingkatkan sistem imuniti.
Mandi air sejuk boleh meningkatkan sel darah putih. Pertambahan ini boleh melindungi diri dari mudah terkena penyakit-penyakit kecil seperti selsema, demam, batuk dan sebagainya. Secara tidak langsung mandi air sejuk boleh meningkatkan kekebalan tubuh.

Melegakan selsema.
Haaa.....ini mungkin berlawanan dengan apa yang kita amalkan sebelum ni. Selalunya bila selsema, kita akan di suruh untuk mandi air panas kan. Tetapi sebenarnya jika mandi dengan air panas,ia hanya akan meningkatkan lagi susu panas di tubuh sekaligus menyebabkan hidung lebih teruk tersumbat.

Menurunkan berat badan.
Yang ini saya pasti ramai yang suka. Keluar bilik air mengigil ngigil pun sanggup ni. Hahahaha........Amalkan mandi air sejuk berbanding air panas kerana ia mampu merangsang penghasilan lemak. Ia kemudiannya bertindak untuk membakar timbunan lemak jahat sekaligus mengurangkan berat tubuh.

Atasi masalah darah beku.
Mandi dengan air sejuk secara konsisten boleh meningkatkan perjalanan darah di dalam tubuh dan menjadikan badan lebih sihat dan bertenaga.

Hilangkan tekanan.
Mandi air sejuk ketika sedang stress atau sedang mengalami tekanan memang sangat membantu untuk lebih tenang. Lebih-lebih lagi kalau tekanan sehingga sakit kepala. Ini kerana dingin air sejuk yang meresap ke dalam tubuh badan amat membantu untuk merehatkan diri selain berperanan untuk meningkatkan sistem metabolisma.

Sihatkan paru-paru.
Mandi air sejuk akan menyebabkan paru-paru terbuka sekaligus membuatkan kita mampu bernafas dengan baik dan selesa. Dan paru-paru kita akan lebih sihat.


Kita juga disarankan untuk mandi dengan air sejuk setiap pagi. Ini kerana ia boleh membantu meningkatkan tenaga sekaligus badan akan berasa lebih cergas dan bertenaga. Amacam? Boleh tak kita ubah rutin ni. Ia bukan sahaja memberi banyak manfaat tetapi boleh jimat kan bil elektrik rumah kita juga kan. Iye lah kan, dah tak guna "water heater" lagi. Hehehehehhe.....


Credit : Majalah Mingguan Wanita;         Oktober 2014


Sedang mencari produk Shaklee? Sila call/whatsapp saya. Khidmat konsultasi tanpa had. InsyaAllah....

Nisha
FB : Simple_healthy_life
Shaklee ID : 912861

Monday 27 October 2014

5 tanda anda mengalami kekurangan protein.

Assalamua'laikum.

Pernah tak anda mengalami masalah kesihatan tetapi anda sendiri tidak sedar yang sebenarnya anda sedang mengalami masalah. Atau anda tahu anda sedang mengalami masalah tetapi tak tahu apa dan mengapa yang sedang mengganggu kesihatan anda.

Entry kali ni saya nak ceritakan 5 tanda yang dialami oleh mereka yang kekurangan sumber protin di dalam badan.


1) Berasa letih dengan tiba-tiba. Terutamanya bila anda rasa          anda sudah cukup rehat.
   Jika tiba-tiba anda merasa untuk tidur sekejap disiang hari disebabkan terlalu mengantuk (sebelum ni tak pernah pun). Ataupun tiba-tiba hilang fokus dan tidak bersemangat, ini mungkin menunjukkan anda kekurangan protin di dalam badan.



2) Merasa letih sewaktu mengangkat berat, berlari atau                  melakukan aktiviti yang perlukan banyak tenaga.
   Kekurangan protin akan menyukarkan otot2 anda dibina semula selepas aktiviti2 lasak. Bila badan     anda terlalu dibebankan dengan aktivi lasak, tisu dan otot badan akan semakin "terbeban". Ini menyebabkan anda semakin lemah.



3) Anda tidak berbadan tegap atau sasa seperti sebelum ni.
   Jika anda kekurangan protin, otot anda akan kelihatan "lembik". Ini kerana badan anda akan               mengambil sumber protin dari "tisu" badan yang ada dibadan anda sendiri untuk menampung kehendak protin badan anda.



4) Luka dan cedera lambat sembuh.
    Kekurangan protin bukan sahaja menyebabkan masalah pada pertumbuhan otot anda selepas               aktiviti lasak, tetapi ia juga akan menyebabkan luka/cedera anda lambat sembuh. Ini kerana protin       diperlukan untuk memperbaharui "tisu" badan yang baru. Badan anda tidak boleh menghasilkan protin sendiri.


5) Rambut gugur / kuku rosak.
   Bila protin tidak cukup, badan anda akan mula "menyimpan" protin di dalam badan untuk perkara-     perkara yang lebih penting. Untuk itu, badan anda akan mula berhenti menyalurkan protin ke pertumbuhan rambut dan kuku.




Apa yang perlu dilakukan?

Anda perlu makan makanan yang kaya dengan sumber protin. Diantaranya daging dan sumber tenusu. Keperluan protein setiap orang dewasa ialah antara 132 gram -- 200 gram (bagi yang berat badan dalam 60 kg). Manakala untuk kanak-kanak berumur 1-6 tahun ialah 17 -- 23 gram dan kanak-kanak berumur 7-12 tahun ialah 32 -- 46 gram.


Atau untuk lebih mudah, anda boleh mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee. Ia adalah sumber protin dari Non-GMO kacang soya, rendah GI dan mempunyai 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Yang pasti ia juga sesuai untuk yang mengambil diet sayuran (Vegetarian).

Untuk lebih info tentang ESP Shaklee, boleh baca di Kelebihan Energizing Soy Protein Shaklee

Credit : http://www.nomeatathlete.com/



Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee di atas, boleh hubungi saya.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.

Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

Sunday 26 October 2014

Faedah ayat Kursi.

Assalamua'laikum.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Ayat Kursi....Saya percaya semua yang menganut agama Islam yang sudah akil baligh pasti sudah hafal ayat Kursi.Tetapi adakah anda semua tahu kelebihan nya jika di amalkan di dalam kehidupan seharian.

Sebelum saya senaraikan kelebihan nya, saya nak berkongsi pengalaman saya sepanjang mengamalkan ayat Kursi ni. Cerita ni sewaktu saya tinggal di sebuah apartment di Shah Alam.

Saya mula mengamalkan membaca ayat Kursi setelah Mak Su suami saya menghadiahkan sebuah buku bertajuk "40 hadis kelebihan ayat Al-Kursi". Selama hampir setahun saya mengamal kan baca ayat Kursi ni setiap kali lepas solat fardhu dan setiap kali nak keluar atau masuk rumah. Bukan setakat itu, kadang-kadang kalau saya parking kereta di tempat yang agak sunyi pun saya akan baca ayat Kursi sebelum bergerak meninggalkan kereta. (dalam hati niat dan mohon pada Allah untuk tolong menjaga harta kami).

Sehinggalah suatu hari, seminggu lamanya saya tak fokus untuk baca ayat Kursi sewaktu keluar rumah. Maksudnya, bacaan saya kelam kabut dan tunggang langgang. Nak jadi cerita, di satu Juma'at tengah hari (waktu orang sembahyang Juma'at) rumah saya orang pecah masuk. Kebetulan hari tu suami ada kerja di Shah Alam dan balik awal. Jam 3 petang suami sampai rumah dan pintu dah terkopak. Habis barang-barang berharga semua hilang. Bila suami call saya di pejabat waktu tu, terus saya teringat yang minggu tu saya tak baca ayat Kursi sepenuh hati sambil berharap pada bantuan Allah S.W.T... Walaubagaimanapun, kami redha dengan ketentuan Allah dan percaya ada hikmah dari kejadian ini. InsyaAllah....

Di bawah ni akan saya senaraikan faedah-faedah yang terkandung dalam ayat Kursi. Ilmu di bawah ni saya salin semula dari buku "40 hadis kelebihan ayat Al-Kursi". Buku ini ditulis oleh Yusuf bin Abdullah bin Sa'id al-Husaini al-Armayuni al- Mishri asy-Syafi'i, Jamaluddin Fadhil. Beliau merupakan salah seorang murid imam al-Suyuthi.



Faedah-faedah ayat Kursi :

1) Ayat Kursi adalah ayat paling mulia dalam al-Quran.
2) Ayat Kursi adalah penghulu ayat-ayat al-Quran.
3) Sesiapa yang membaca ayat Kursi akan terlindung dari gangguan jin dari pagi hari sampai petang, dan sebaliknya dari petang hari sampai pagi hari,
4) Ayat Kursi adalah simpanan di bawah Arasy.
5) Ayat Kursi adalah sebanding dengan seperempat al-Quran.
6) Sesiapa ayng membaca ayat Kursi selepas solat fardhu maka dia dipelihara sampai solat berikutnya, yang selalu menjaga (melaksanakan) ini hanyalah para Nabi, atau para siddiq, atau syahid, tidak ada pemisah di antara dirinya dengan syurga kecuali kematian, setelah dia meninggal dunia maka dia masuk syurga.
7) Apabila ayat Kursi dibacakan pada makanan atau lauk maka ia akan bertambah.
8) Ayat Kursi lebih mulia dari langit dan bumi, syurga dan neraka.
9) Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika memasuki rumahnya, maka syaitan keluar dari rumah itu.
10) Sesiapa yang membaca ayat Kursi maka akan dijaga dirinya, anak cucunya, rumahnya, hartanya, dan rumah-rumah disekitar rumahnya.
11) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dan akhir surah al-Baqarah sebanyak 3 kali, maka syaitan tidak akan masuk ke dalam rumahnya.
12) Di dalam ayat Kursi terdapat nama Allah yang mulia.
13) Sesiapa yang membaca ayat Kursi akan terhindar daripada kecurian.
14) Sesiapa yang membaca ayat Kursi bersama akhir surah al-Baqarah ketika kesulitan, maka Allah akan memberikan pertolongan kepadanya.
15) Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Allah menugaskan 2 malaikat baginya untuk menjaganya sampai pagi.
16) Sesiapa baca ayat Kursi setiap lepas solat fardhu, maka Allah menjadikan hatinya selalu bersyukur, lisannya selalu basah kerana berzikir, diberikan pahala mati di jalan Allah, dan amal orang siddiq.
17) Sesiapa yang membacakan ayat Kursi dan ayat (inna rabbakumullahu....) dan al-muawwidzatain (surah al-Falaq dan an-Nas) pada orang yang hendak melahirkan, maka Allah akan memberikan kemudahan dalam proses bersalin.
18) Sesiapa yang membaca ayat Kursi pada harta benda, maka syaitan tidak berani mendekatinya.
19) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dan awal surah al-Ghafir pada waktu pagi, maka Allah akan menjaganya sampai petang, dan sebaliknya sesiapa yang membacanya pada petang hari, maka Allah akan menjaganya sampai pagi hari.
20) Dan faedah-faedah lainnya, maha suci Allah yang telah memberikan kurniaanNya kepada para hambaNya, bagi Nya lah segala puji-pujian.


Diharap perkongsian saya ini memberi manfa'at yang besar untuk para pembaca. Amalkan dengan konsisten dan yakin akan kekuasaan Allah, insyaAllah akan berhasil.

















Sedang mencari produk Shaklee? Berminat nak mencuba produk Shaklee? Segera hubungi saya
....

Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.


Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

Tambah tenaga dengan ESP Shaklee.

Assalamua'laikum.

Entry saya yang sebelum ni ada cerita tentang kelebihan dan kebaikan ESP Shaklee. Kalau nak diikutkan ESP Shaklee ni memang ada macam-macam kelebihan. Tetapi entry kali ni saya cuma nak cerita tentang ESP Shaklee boleh memberi tenaga tambahan untuk kita.

Bagaimana protein bertindak untuk memberi tenaga? Dengan ESP Shaklee, kelebihannya yang rendah GI (Glycemic Index), ESP Shaklee membantu menguraikan gula dalam badan secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan.

Di bawah ini adalah testimoni dari pengguna ESP Shaklee yang telah bersetuju bahawa ESP Shaklee ini sangat membantu sebagai vitamin yang menambah tenaga.





























Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee di atas, boleh hubungi saya.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.

Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861


Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

ESP Shaklee merupakan makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Ia pertama kali telah dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Melalui penyelidikan dan ujian klinikal ESP Shaklee kini telah diiktiraf diseluruh dunia kerana mempunyai kualiti protein yang tinggi pernah dihasilkan.



Dengan menggunakan kacang soya yang hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap tin ESP Shaklee (850 gram) dihasilkan dari 30 kg kacang soya, telah memberikan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Paling istimewanya ESP Shaklee ni, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, dan membuatkan ESP Shaklee sesuai untuk penghidap kencing manis.

Dengan kandungan G.I yang rendah, ESP Shaklee akan memecahkan gula (dari karbohidrat) dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Ini dapat mengekalkan paras gula yang rendah dalam darah. 



Hasil dari pengamalan ESP Shaklee yang konsisten anda akan:

  • Awet muda - Kandungan asid amino di dalam ESP Shaklee ni membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, dan lain-lain.
  • Baik untuk hormon - Isoflavones di dalam soya adalah bagus dalam membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 
  • Baik untuk prostat - Genistein di dalam soya membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Membantu memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Pembekal tenaga - Selain meningkatkan system imun, ia juga memberikan tenaga dengan segera. Kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan adan kesan tua.
  • Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.



Protein pula memainkan peranan yang penting dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu serta komponen utama kepada hormon manusia. Kekurangan protein boleh menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi organ.




Memang banyak fungsi protein kepada badan manusia ni. Dan haruslah kita mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat. Bersederhanalah dalam setiap hidangan kita setiap hari.

Piramid makanan membantu kita menentukan kuantiti hidangan setiap hari.








Jika anda membeli produk Shaklee dari saya, anda akan dapat konsultasi secara percuma dari saya tanpa had.

Berminat untuk mencuba produk Shaklee di atas, boleh hubungi saya.

Penghantaran secara percuma di kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.

Nisha
Pengedar Shaklee Klang.
012-5425600
Shaklee Independent Distributor ID 912861

Wednesday 22 October 2014

Shaklee HQ di Bangunan Pinnacle, Sunway

Assalamua'laikum. Tentu ramai yang dah tahu HQ Shaklee telah berpindah dari Empire Office Subang ke bangunan Pinnacle Sunway. Tujuan pindah ni adalah untuk beri lebih keselesaan dan kesenangan kepada pengedar-pengedar Shaklee membeli barang.

Ini adalah gambar HQ Shaklee di bangunan Pinnacle Sunway. 

Untuk ke sini, saya lebih senang bagi direction untuk ke Sunway Pyramid Shopping Centre. Masuk ikut pintu gerbang tu. Lepas tu terus je. Jangan ke kanan pula. Itu menghala ke Sunway Pyramid. Bangunan pertama sebelah kanan ialah Sunway Pyramid Shopping Mall, diikuti dengan bangunan Tower Pyramid Hotel. Terus lagi dan akan nampak Sunway Resorts and Hotel. Atas sikit lagi akan nampak sebelah kanan bangunan Pinnacle Sunway dan di sebelah kiri adalah tempat letak parking berbayar.

Ini adalah pandangan dari foyer bangunan Pinnacle Sunway. Bangunan yang tinggi tu ialah Tower Pyramid Hotel.


Ini ialah tempat letak parking berbayar yang berhadapan dengan bangunan Pinnacle Sunway.

Untuk parking kereta, boleh pilih samada nak parking di luar yang berhadapan bangunan atas basement bangunan Pinnacle Sunway. Harga parking lebih kurang je. Untuk naik ke atas, perlu tunjuk kan kad pengenalan dan register di kaunter lobi bangunan. Mereka akan serahkan kad untuk kita melepasi check-in security dan boleh naik lif.

Ini pintu masuk untuk pengedar Shaklee membuat urusan. Bertentangan dengan ini ialah pejabat Shaklee. 

Dari gambar ni kita boleh lihat betapa luas nya tempat menunggu dan banyak kaunter. Jadi sekarang tak perlu tunggu lama untuk sampai turn membeli.


Ini adalah ruang sebelah. Kawasan ini disediakan untuk menunggu terutamanya bagi sesiapa yang membawa keluarga terutamanya anak2 kecil.

Lihat.....luas kan?

Juga disediakan tempat permainan bagi kanak2 yang menunggu ibu atau bapanya sedang membuat pembelian. 

Memang jauh betul beza keselesaan di bangunan baru ni. Penambahbaik kan ini memang betul2 memberi manfaat buat kami terutamanya ketika waktu closing. Sebab waktu ni memang ramai pengedar2 Shaklee akan serbu pada waktu yang sama.





Berminat untuk mencuba produk Shaklee? Dapat kan konsultasi secara percuma tanpa had dari saya. Di alu- alu kan untuk menelifon atau boleh juga wassup saya.


Nisha
Call/wassup: 012-5425600
FB page : Simple_ healthy_life
Shaklee ID : 912861








Monday 13 October 2014

Homemade resepi saya : Cendawan tiram goreng ala2 tempura.


Untuk minum petang di hujung minggu ni, saya buat cendawan tiram goreng ala2 tempura. Bahan2 yang diperlukan adalah mudah sahaja.


Bahan-bahan.
5 sudu besar tepung gandum.
1 sudu besar tepung jagung.
3 sudu besar tepung goreng serbaguna Nona.
3 biji telur ayam.
Cendawan tiram (semestinya).
Air sejuk dari peti ais.




Mula-mula cuci cendawan. Cuma alirkan saja air paip ke atas cendawan di dalam tapis. Balik-balik kan cendawan tu. Nampak dah bersih, perah cendawan tu untuk dikeluarkan air (cendawan mudah meresap air). 


Kemudian, masuk kan tepung gandum + tepung jagung + tepung serbaguna Nona ke dalam satu bekas.



Tulang air sejuk dari peti ais perlahan-lahan ke dalam bekas yang berisi tepung tadi. Sambil tu kacau tepung tadi sehingga sebati.


Pastikan kelikatan tepung tadi seperti gambar di atas. Jangan cair sangat, nanti tepung tak melekat kat cendawan. Pekat sangat pun tak ok. Nanti tebal plak tepung tu setelah di goreng,

Sebelum tu, pukul telur ayam sehingga seperti gambar di atas.

Masuk kan cendawan ke dalam bekas berisi telur ayam yang telah di pukul. Salut kan telur ayam pada cendawan.

Kemudian, alihkan cendawan tu ke dalam bekas berisi tepung tadi. Salutkan cendawan2 tu dengan tepung dan boleh terus masuk kan ke dalam kuali yang berisi minyak panas.

Balik2 kan cendawan tadi. Goreng sehingga kekuning-kuningan. Atau goreng sehingga garing. Dan angkat cendawan tu.

Tadaaaa.......dah siap. 


Untuk lebih sedap, cicah dengan cili api kicap. Cara nak buat cili api kicap ni mudah je. Blend cili api + bawang putih + gula pasir + kicap + air tapis / air masak. Berapa banyak setiap bahan adalah mengikut selera anda. Nak masin lebih kan kicap, nak manis lebih kan gula, nak lebih sedap lebih kan bawang putih atau nak pekat boleh kurang kan air.

Senang tak? Sangat senang. Anda boleh cuba di rumah punyer......

Ok....kita bertemu lagi di lain masa.

Bye........



Sedang mencari produk Shaklee?


Nisha
Call/Wassup : 012-5425600









Saturday 11 October 2014

Vitamin Shaklee yang pertama kali saya makan.

Mula2 dulu beli vitamin Shaklee sebab selalu tgk FB post Ida Ifaz. Dia kerap post pasal vitamin tambah tenaga. Kebetulan pulak, saya memang tgh cari vitamin untuk tambah tenaga, terus saya PM FB dia (time tu wassup tak der lagi). Vitamin yang dicadangkan adalah Vita Lea + B-Complex + Sustained Release Vita C. Saya ingat lagi waktu tu bulan October 2012. So, dah 2 tahun saya amalkan pengambilan vitamin Shaklee ni.


 


 





Kebetulan pulak bulan tu ada promosi ESP Shaklee (Energizing Soy Protein). Ida pun cerita lah panjang lebar pasal ESP Shaklee ni. Dan terselit lah cerita yang ESP Shaklee ni boleh untuk kurus kan badan. Wahhhh....saya memang pantang kalau ada cerita boleh kurus kan badan nih. Hahahaha.....So, dalam bulan yang sama Ida pun pos kan lah ESP Shaklee ni ke saya. 

Bila dah beli banyak2 ngan Ida ni, dia masuk kan saya ke dalam satu group FB, khas untuk customer di bawah susur galur group Shaklee yang Ida join. (sekarang ni yang saya join ni lah). Bila godek2 cerita kat dalam group tu, keluar lah cerita pasal cinch shake Shaklee untuk kurus kan badan. Hurrmmm....apa lagi. Menggelupur lah saya time tu nak beli jugak cinch shake Shaklee ni.



Bila Ida beritahu harga cinch shake Shaklee, terdiam lah saya seketika. Aduhhh....Jadi, start dari sini lah saya bertanya pada Ida berapa harga cinch shake Shaklee kalau jadi ahli. Isyykkkk......banyak beza harga nya. Saya pun terbuka hati nak jadi ahli terus.



Tapi, hujung bulan December 2012 baru lah saya register jadi ahli. Sebab tunggu duit bonus nak jadi ahli dengan 200UV.  Berbaloi- baloi sebab automatic free membership.

So, bermula lah kisah hidup saya sebagai pengedar Shaklee Klang. Alhamdulillah, Allah temu kan saya dengan group Shaklee yang tidak mementingkan diri sendiri mengejar kekayaan duniawi semata mata. Disini juga saya telah berjaya memaksa diri saya untuk sentiasa bergantung harap pada Allah S.W.T. Dan sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini kerana setiap hari kami sering di ingat kan bahawa rezeki itu Allah yang tetap kan dan kita sebagai manusia harus berusaha.



Berminat untuk membeli produk Shaklee? Atau berminat untuk menjadi sebahagian dari group Shaklee kami? InsyaAllah anda tidak akan menyesal. 







Nisha
FB : Simple_healthy_life
Call/Wassup : 012-5425600












Percutian idaman saya.

Saya dah lama teringin nak bercuti ke New Zealand. Tempat yang penuh dengan pokok2 dan hijau menenangkan. Tempat nya sejuk dan damai. Sesuai untuk menghilangkan lelah setelah penat berkerja.


Saya dan suami suka kan aktiviti yang adventerous. InsyaAllah suatu hari nanti bila kami boleh bercuti panjang, kami teringin nak mengembara menggunakan motorhome. Berjalan dari satu kawasan ke satu kawasan tanpa perlu memikirkan masalah transport atau tempat tidur. Nak makan pun senang. Boleh masak sendiri.





Tetapi, tahun depan kami merancang untuk ke Sabah dulu. Itu target terdekat kami. Kami akan memilih kawasan di tepi pantai. Pantai bagi kami adalah tempat percutian yang boleh menenangkan. Banyak aktiviti yang boleh dibuat dengan keluarga. Yang boleh merapatkan lagi ikatan antara keluarga, untuk lebih memahami dan mendekati anak2.







Saya dan suami memang suka pergi bercuti ke tempat2 yang penuh dengan pemandangan. Sebab kami memang tak suka ber shopping. Itu yang best. Senang nak plan. 

Doa dan harapan saya, saya nak jadi WAHM tahun depan. Sambil menjaga dan mendidik anak sendiri, saya juga mampu untuk bawa anak2 dan keluarga bercuti pada bila2 masa sahaja. 

Gambatte Kudasai. Semoga harapan saya ni di berkati Allah S.W.T