Thursday, 18 September 2014

Systemic lupus erythematosus (SLE)


Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE), atau secara ringkasnya dikenali sebagai lupus adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Sistem imun yang sepatutnya melindungi tubuh bertindak "menyerang" bahagian tubuh. 
SLE adalah penyakit yang sebenarnya dimaksudkan oleh kebanyakkan orang sebagai "lupus". Perkataan " systemic" bermaksud penyakit ini boleh memberi kesan kepada banyak bahagian tubuh. E.g.: sendi, kulit, buah pinggang, jantung, paru-paru, pembuluh darah, dan otak.
Punca penyakit SLE tidak diketahui.


Sejarah

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).


Jenis-jenis Lupus

Discoid Lupus Erythematous (DLE)
  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian


Statistik

Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM (Persatuan SLE Malaysia) percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

Apakah penyebab SLE?
SLE adalah suatu kecelaruan yang tumit dan sebabnya tidak diketahui. Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh kombinasi faktor genetic, persekitaran, dan hormon yang menyebabkan berlakunya SLE. 




Apakah gejalanya?
Setiap pesakit SLE mempunyai gejala berbeza. Antara gejala yang biasa termasuk lah sendi-sendi yang sakit atau bengkak, demam yang tidak dapat dijelaskan dan keletihan melampau. Ruam merah pada kulit yang dikenali sebagai ruam "rama-rama" adalah ciri biasa dan mungkin kelihatan di sekitar hidung dan pipi. Gejala-gejala lain meliputi sakit dada, keguguran rambut yang diluar kebiasaan, anemia, ulser mulut, sakit kepala, pening-pening, kemurungan, kebingungan, atau sawan.

Sekiranya anda mempunyai sebahagian atau kesemua gejala yang disenaraikan di atas, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin untuk mendapatkan diagnos yang tepat.

Atau hubungi
waktu pejabat (Isnin --> Jumaat)
Credit: www.lupusmalaysia.org



Saya adalah pengedar sah Shaklee.
Penghantaran secara percuma di sekitar kawasan Teluk Pulai, Jalan Yadi, Telok Gadong, Sungai Udang Klang.

Penghantaran diseluruh Malaysia atau di luar Malaysia adalah melalui Pos.

Nisha
FB: Simple_ healthy_life
Shaklee Independent Distributor ID 912861